DALAM sebuah majlis yang dihadiri ibu, kawan-kawan dan rakan sekerjanya, Zheng JiaJia telah berkahwin dengan seorang "pengantin wanita cantik" yang dicipta olehnya sendiri.
Dia merupakan seorang jurutera berusia 31 tahun dan merupakan pelajar lepasan Universiti Zhejiang yang memegang ijazah sarjana dalam bidang kebijaksanaan buatan (Artificial Intelligent), AI.
Selepas berhenti dari jawatannya di Huawei pada tahun 2014, akhirnya Zheng JiaJia mengambil keputusan untuk menetap di Hangzhou's Dream Townhouse, sebuah pengkalan berkait rapat dengan Internet dan teknologi dengan semangat yang berkobar-kobar bagi memastikan projek AI yang diusahakannya menjadi kenyataan.
Tahun lalu dia mula mencipta "Yingying". Ketika zaman pengajiannya Zheng telah memenangi satu pertandingan peringkat kebangsaan melalui ciptaan sebuah robot yang boleh bermain bola sepak.
Tidak cukup dengan itu, Zheng begitu obses dengan ciptaannya dan bersungguh-sungguh menyiapkan robot pengantin.
Yingying sangat unik kerana boleh bercakap perkataan yang mudah dan mengecam imej serta perkataan dalam bahasa Cina.
Setelah dua bulan "bercinta", pasangan ini mengambil keputusan untuk berkahwin.
Dalam majlis perkahwinan mereka, "pengantin perempuan" memakai gaun berwarna hitam dengan sarung yang menutup muka berwarna merah mengikut tradisi perkahwinan orang Cina.
Seorang kawan yang menghadiri majlis perkahwinan itu dipetik sebagai memberitahu Qianjing Evening News bahawa Zheng mengambil keputusan untuk berkahwin dengan robot ciptaannya kerana tidak tahan dengan bebelan keluarganya tentang mencari jodoh untuk dikahwini.
Dia juga mengatakan bahawa Zheng pernah mengalami kekecewaan akibat putus cinta di Universiti menyebabkan Zheng tidak mahu memikirkan soal cinta tetapi perkara ini disangkal oleh Zheng dan mengatakan bahawa kawannya hanya bergurau.
Bagi Zheng, perkahwinan ini bukan satu gurauan atau lawak kerana dia berharap untuk menambah baik isteri ciptaannya dari semasa ke semasa.
Dia akan cuba menjadikan robot ciptaannya mampu berjalan, bergerak dan membuat kerja-kerja rumah.
Pada masa akan datang, mungkin robot akan berubah menjadi penyelesaian yang sempurna kepada masalah jurang jantina di China. Tahun lalu menyaksikan seorang lelaki Hong Kong berusia 42 tahun memenuhi impiannya dengan mencipta sendiri sebuah robot yang menyerupai Scarlett Johansson.
Impiannya adalah agar dia dan Yingying akan hidup sehingga tua bersama-sama. —EdisiRakyat.com, 5 April 2017

Post a Comment