SEORANG suri rumah, Pertemahwadi Isac, 56 terpaksa mengemukakan saman kepada pakar jantung hospital Serdang dan kerajaan Malaysia atas kecuaian perubatan sehingga menyebabkan dia kehilangan payudara sebelah kiri.
Dalam saman yang difailkan hari ini di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, dia menamakan Pakar kardiotorasik di Hospital Serdang, Dr Abdul Muiz Jasid dan kerajaan Malaysia sebagai defenden.
Terdahulu dia telah menjalani pembedahan pintasan di Hospital Serdang pada 16 Februari 2016 dan dibenarkan pulang seminggu kemudian.
Selepas pulang kerumah, dia mendapati luka dibahagian dada mula terbuka dan merujuk semula kepada Dr Muiz namun tiada apa-apa nasihat diberikan melainkan Dr Muiz hanya mengatakan bahawa ianya normal kerana menampung berat payudaranya.
Menurut sumber, dia dipetik sebagai berkata tiada ubat antibiotik diberikan untuk merawat lukanya.
Akibat daripada itu, jangkitan kuman di lukanya merebak ke seluruh payudara kiri dan payudaranya terpaksa dibuang.
Pratemahwadi mengalami tekanan emosi yang teruk kerana terpaksa kehilangan payudara yang bukan kerana kecuaiannya.
Dalam tuntutannya yang diwakili peguam Arunan Selvaj dia mengemukakan saman ganti rugi 20 juta sebagai ganti rugi am dan ganti rugi khas sebanyak RM 223, 487.60.
Melalui satu sidang media yang diadakan selepas tuntutan saman di buat, Pertemahwadi yang diwakili peguamnya, Arunan Selvaj dipetik sebagai berkata beliau telah menghantar surat memohon penjelasan kepada hospital Serdang sebanyak 3 kali tetapi tiada tindakbalas.
Hospital Serdang kemudian memanggil anak guamnya untuk menjelaskan sedikit sebanyak tentang insiden itu dan memintanya menandatangani satu surat menyatakan bahawa anak guamnya tidak akan mengambil tindakan undang-undang tetapi ditolak oleh Pertemahwadi.
Mereka tidak mempunyai pilihan melainkan membawa kes ini ke mahkamah. — EdisiRakyat.com, 20 April 2017

Post a Comment