Gunakan besi panas gayakan rambut, tukang gunting rambut popular di laman sosial

SATU video tular dilaman sosial membabitkan seorang tukang gunting rambut di Beijing China meluruskan rambut pelanggan dengan menggunakan besi penyepit yang dipanaskan.

Wang Meimei ,74 dari Jinshi di Wilayah Sichuan masih menggunakan teknik tradisional yang dahulunya popular di era beberapa dekad sebelum 1980 -an.



Wang hanya mengambil upah 4 yuan bersamaan RM2.50 untuk meluruskan rambut menggunakan penyepit besi yang dipanaskan dalam bara api dan boleh bertahan selama 3 bulan tanpa menggunakan apa-apa bahan kimia.

Untuk kerinting rambut pula, Wang mengambil penyepit besinya dari tong yang tersedia bara api kemudian dicelupkan ke dalam air dan kemudiannya diletakkan di rambut pelanggan untuk membentuk gulungan.

Melalui video itu,kedengaran bunyi 'hisss' apabila penyepit panas itu diletakkan ke rambut pelanggan dan mengeluarkan asap putih.

Menurut sumber yang menemubual Wang, dia dipetik sebagai berkata jika dia menggerakkan penyepit panas itu terlalu perlahan, dia mungkin akan menyebabkan rambut pelanggan terbakar tetapi jika suhu kepanasan terlalu rendah, kerinting tidak akan menjadi.

Walaupun kedai miliknya tidak mempunyai nama, tetapi ramai yang suka mendapatkan khidmatnya kerana teknik meluruskan rambut dan kerinting rambutnya tidak ada kekurangan dan dia mengharapkan ada yang ingin membantunya di kedai itu.

Menurutnya lagi, dia tidak pernah dengan tidak sengaja mencederakan mana-mana pelanggannya selama berdekad melakukan kerja itu.

Wang mula belajar kemahiran itu bersama abangnya ketika usianya 17 tahun sekitar tahun 1959 dan kemudian membuka kedai gunting rambut bersama pada tahun 1977.

Wang pada mulanya merasa bimbang teknik tradisional ini akan pupus dan ingin mewariskan kepada anaknya tetapi anaknya tidak menunjukkan minat.

Wang mula mencari pekerja lain dan melatih mereka tetapi mereka merasa patah semangat kerana merasakan teknik ini agak sukar dan tidak menguntungkan.

Akhirnya cucunya mula menunjukkan minat dan Wang bersedia mengajar teknik ini kepada cucunya agar tidak pupus begitu sahaja.

Video mengenai teknik uniknya mendapat sambutan dan dikongsi oleh ramai orang.



Ada yang memberikan komen teruja ingin mencuba teknik penggayaan rambutnya dan ada yang menyatakan teknik itu adalah satu yang unik yang tidak harus dibiarkan pupus. EdisiRakyat.com, 21 April 2017

Post a Comment

Previous Post Next Post