Cara merawat eczema menggunakan cuka epal

ECZEMA adalah sejenis keadaan yang menyebabkan kulit mengalami keradangan dan kerengsaan.

Terdapat pelbagai sebab yang menyebabkan Eczema seperti penggunaan bahan pencuci atau sabun yang tidak sesuai, jangkitan bakteria, alahan pada bulu binatang, fabrik tertentu atau makanan.

Jika anda mengalami masalah ini, elakkan mengambil ubatan yang mengalami bahan kimia berstereoid yang boleh menyumbang kepada risiko kanser.




Sebaliknya, anda boleh cuba cara alternatif yang lain dengan mengendalikan eczema secara semulajadi untuk mendapatkan kesan yang menakjubkan.

Caranya adalah:

Anda boleh mengelakkan dari terkena eczema dengan cara mengurangkan pengambilan susu, gula, makanan laut, jagung, produk soya, kacang tanah, bahan pengawet dan produk kosmetik.

Anda perlu sentiasa mengekalkan kelembapan di bahagian yang mudah terkena eczema dengan cara menyapu bahan pelembap yang sesuai, memakai pakaian yang sesuai, mengelakkan berada dia kawasan suhu yang panas, berpeluh dan berada dalam keadaan tertekan.

Ada satu cara yang sangat efektif iaitu dengan menggunakan cuka epal.

Anda boleh menggunakan cuka epal organik yang mentah dan tidak ditapis untuk merawat eczema secara semulajadi.

Cuka epal mempunyai pelbagai jenis vitamin, mineral dan bahan-bahan-bahan seperti karotenoids, flavonoids, isoflavone dan pemangkin protease.

Nutrien-nutrien ini yang terkandung dalam cuka epal membantu meningkatkan kesihatan kulit, dan meningkatkan sistem imunisasi badan.

Tambahan lagi, cuka epal kaya dengan sifat antiparisit, antifungal, dan ciri antibakteria yang mampu merawat jangkitan dan masalah kulit.

Cara-cara menggunakan cuka epal untuk merawat eczema:

1. Larutan cuka epal

Cuka epal yang terdapat di pasaran adalah sangat kuat sifat keasidannya, jadi adalah tidak elok jika diaplikasikan secara terus ke permukaan kulit.

Anda perlu melarutkan sedikit cuka epal di dalam sedikit air dalam cawan kecil.

Jika anda mempunyai kulit sensitif, larutkan 1/3 cawan cuka epal dengan 3 cawan air.  Kemudian masukkan campuran itu ke dalam semburan air dan boleh semburkan terus ke bahagian jangkitan atau menggunakan kapas.

Aplikasikan larutan ini dua kali sehari pada waktu pagi dan malam.

2. Air mandian cuka epal

Jika jangkitan eczema berlaku di sebahagian besar permukaan kulit anda contohnya badan, anda boleh menggunakan cuka epal sebagai mandian.

Caranya, masukkan 1-2 cawan cuka epal dan 1/3 cawan minyak kelapa ke dalam air suam. Rendamkan badan anda  selama 30 minit dan kemudian bilas.

3. Dijadikan minuman

Cuka epal boleh diminum untuk merawat eczema. Caranya adalah dengan mencampurkan satu sudu cuka epal dengan 16 0z air panas bersama satu sudu teh madu.

Campuran minuman ini boleh diminum 3 kali sehari sebelum makan.

Bagaimanapun, elakkan pengambilan cuka epal jika anda sedang hamil, diabetis atau mengambil ubat-ubatan lain.— EdisiRakyat.com, 22 April 2017

Post a Comment

Previous Post Next Post