Cara mendapatkan anak kembar, ketahui faktor penghasilannya

KEBANYAKKAN pasangan suami isteri percaya bahawa kandungan kembar terjadi dengan sendiri secara semula jadi. Kerana tanggapan itu, kebanyakan ibu bapa hanya menyimpan angan-angan untuk mempunyai bayi kembar tanpa apa-apa usaha.



Menurut satu jurnal, etnik Afrika mempunyai kebarangkalian paling tinggi melahirkan bayi kembar diikuti etnik Eropah, Caucasian dan Asian.

Tiada apa yang mustahil jika kita berusaha. Menurut beberapa orang pakar perubatan, ada beberapa faktor yang boleh mempengaruhi kehamilan bayi kembar iaitu :

1. Sejarah keluarga. Jika anda atau pasangan anda mempunyai sejarah keluarga yang melahirkan bayi kembar, anda mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk mendapat anak kembar.

2. Orang yang tinggi, gemuk dan subur mempunyai kebarangkalian tinggi untuk hamil kembar. Peningkatan kadar kelahiran berganda dengan peningkatan kadar obesiti. Kajian mendapati bahawa ibu-ibu dengan Indeks BMI atau Body Mass 30 atau lebih tinggi adalah jauh lebih cenderung untuk mempunyai bayi kembar.

3. Umur juga menjadi penyumbang kepada kehamilan kembar. Menurut kajian, ibu-ibu yang melahirkan anak dalam usia 40 tahun mempunyai 7% kebarangkalian untuk mendapat bayi kembar manakala 45 tahun keatas mempunyai 17% kebarangkalian melahirkan bayi kembar.

4. Jika anda pernah hamil bayi kembar, anda mempunyai kebarangkalian untuk hamil kembar lagi.

5. Satu kajian mendapati pengambilan makanan dalam diet ibu yang berasaskan ubi seperti ubi kayu, keladi atau keledek akan meningkatkan kebarangkalian hamil kembar. Ini kerana ubi, keladi dan keledek yang dibuang kulitnya ini dikatakan mengandungi sejenis kimia yang menyebabkan hyper-ovulasi.

6. Wanita yang mengambil produk tenusu ketika cuba hamil dikatakan cenderung 5 kali ganda untuk mempunyai anak kembar kerana paras hormon sintetik dalam produk susu boleh menyebabkan terhasilnya lebih dari satu telur untuk persenyawaan.

7. Teknologi perubatan yang semakin maju telah meningkatkan teknologi reproduktif yang boleh membantu kadar kelahiran. Ubatan yang digunakan untuk merangsang ovulasi dan kehamilan tabung uji (IVF) boleh menyebabkan kehamilan kembar.

8. Merancang untuk hamil ketika anda sedang mengambil pil perancang. Sejurus selepas anda merancang untuk hamil lagi, hentikan pengambilan pil perancang dan berusaha sekeras-kerasnya untuk hamil kerana ketika ini hormon anda sedang giat bekerja untuk menstabilkan rahim anda untuk bekerja seperti biasa.

Pada waktu ini, hormon yang dihasilkan sangat aktif dan membuka peluang lebih tinggi untuk hamil kembar kerana mungkin membebaskan dua telur ketika ovulasi berbanding satu.

9. Wanita yang kekurangan nutrien sukar untuk hamil. Amalkan pemakanan sihat dan seimbang untuk memberikan semua nutrien yang diperlukan untuk hamil.

Mengamalkan pengambilan folic acid sangat baik untuk membantu kehamilan kembar di mana ia juga mengelakkan kecacatan janin. Tetapi, pastikan pengambilan harian folic acid anda tidak melebihi 1000mg.

Anda boleh mengetahui lebih lagi info yang jelas dengan menonton video ini.


Semoga dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi inspirasi pada ibu bapa di luar sana untuk merealisasikan impian untuk hamil kembar disertakan dengan usaha, doa dan tawakal.— EdisiRakyat.com, 18 April 2017

Post a Comment

Previous Post Next Post