Cara memutihkan gigi dan menghilangkan plak dengan cara murah

GIGI yang putih bersinar merupakan idaman setiap individu kerana mampu menambah keyakinan anda untuk memberikan senyuman dan berkomunikasi dengan orang lain.



Malangnya, ramai individu mengalami masalah gigi kuning dan plak gigi sehingga menimbulkan rasa malu. Lebih parah lagi apabila plak gigi dan gigi yang kuning di sulami dengan mulut berbau busuk.

Plak gigi adalah sejenis bakteria yang melekit dan tidak bewarna yang terdapat di dalam mulut.

Jika plak gigi dibiarkan, ia akan terkumpul sehingga menjadi keras dan membentuk tar tar. Ini menyumbang kepada gingivitis di mana gigi terasa sakit, gusi membengkak dan mengalami radang.

Terdapat pelbagai bahan semulajadi yang boleh menjadi penawar kepada segala masalah dan penyakit tanpa memerlukan anda menghabiskan wang yang banyak.

Untuk membantu dalam kesihatan gigi di samping mendapatkan gigi yang putih, anda boleh menggunakan minyak kelapa.



Dari pengalaman orang dahulu, minyak kelapa dikatakan sangat mujarab untuk memutihkan gigi dalam proses yang dipanggil " oral pulling".

Minyak kelapa dara ini kaya dengan rantaian asid lemak yang mana 50% daripadanya terdiri daripada asid lauric.

Asid lauric mempunyai ciri-ciri anti-keradangan dan antibakteria yang mampu membantu menyingkirkan plak gigi dan bakteria di dalam mulut.

Ia juga membantu menyegarkan nafas anda dan memutihkan gigi.

Menurut satu kajian yang ditulis dalam "Nigeria Journal of Medicine" pada bulan April 2015, pemerhatian dibuat keatas 60 individu berumur antara 16- 18 yang melakukan "oil pulling" sebagai penjagaan kesihatan mulut selama sebulan membuktikan bahawa tahap plak gigi dan penyakit gusi berjaya dikurangkan selepas 7 hari melakukan "oil pulling".

Cara menggunakan kaedah "oil pulling" adalah:

Lumurkan satu sudu minyak kelapa dara meliputi seluruh permukaan gigi dan gusi selama lebih kurang 15-20 minit.

Elakkan menelan dan ludah semula minyak ini bersama air liur selepas minit ke 20 untuk menyingkirkan bakteria yang diserap dari gigi dan gusi.

Kumur mulut dengan air suam dan kemudian gosok gigi anda. Lakukan ini setiap hari dan anda akan dapati gigi anda akan semakin memutih selepas beberapa hari.

Anda juga boleh terus menuang sedikit minyak kelapa ke berus gigi anda atau sehelai kain dan sental gigi anda dengan lembut.

Tidak lama selepas itu, pasti ada yang akan menegur senyuman anda yang tampak semakin bersinar dengan gigi yang semakin memutih bak mutiara.

Selain itu anda juga boleh menggunakan soda bikarbonat untuk mendapatkan gigi yang putih dan menyingkirkan plak pada gigi.



"Baking soda" ini mampu mengurangkan bakteria bahaya di dalam mulut dan meneutralkan asid pada kaviti gigi.

Menurut satu kajian yang ditulis dalam "The Journal of Clinical Dentistry", yang menganalisa 5 kajian klinikal, pes soda bikarbonat dan soda bikarbonat jenis serbuk lebih berkesan menyingkirkan plak gigi berbanding produk yang tidak mempunyai campuran soda bikarbonat.

Tetapi awas, penggunaan soda penaik yang berlebihan menyebabkan kerosakan pada enamel gigi, jadi pastikan anda menggunakannya dengan sederhana dan tidak berlebihan.

Cara penyediaan pes soda bikarbonat untuk kegunaan harian:

Bahan-bahan:

1. Satu sudu makan minyak kelapa dara
2. 2 sudu besar soda bikarbonat (baking soda)
3. Beberapa titis minyak essential; contohnya minyak peppermint (pilihan)

Cara penyediaan:

Campurkan semua bahan-bahan di dalam satu mangkuk sehingga sekata dan menghasilkan larutan likat seperti pes.

Anda boleh menambah beberapa titis minyak serbaguna untuk memberi bau dan rasa.

Cara menggunakannya:

Celupkan berus gigi anda dalam pes tadi dan gosok pada gigi dua kali sehari dengan cara biasa.

Terdapat juga ramuan menggunakan soda bikarbonat yang boleh membantu memutihkan gigi dan menyingkirkan plak. Ramuan semulajadi ini hanya perlu diamalkan sekali atau dua kali seminggu.

Cara penyediaan ramuan-ramuan untuk kegunaan 1-2 kali seminggu dan cara menggunakannya ialah:

1. Campurkan satu sudu teh garam dengan 2 sudu besar soda penaik dan berus gigi anda menggunakan campuran ini dengan lembut. Kemudian kumur dengan air sehingga bersih.

2. Campurkan satu sudu teh soda penaik dengan sedikit hidrogen peroxide( clorox) sehingga menghasilkan larutan yang sebati.

Gosokkan pada gigi anda dan elakkan dari tertelan. Ludah dan bilas gigi anda sehingga bersih.

3. Ambik sedikit soda penaik dan letakkan di berus gigi anda yang telah dibasahkan. Gosok gigi anda dan kumur mulut dengan air suam.

Semoga dengan perkongsian ini mampu menyelesaikan masalah gigi  anda di rumah tanpa kos yang tinggi dan mengembalikan senyuman yang bersinar .— EdisiRakyat.com, 24 April 2017.


Post a Comment

Previous Post Next Post