UNTUK merawat kecantikan tidak memerlukan kos yang tinggi. Ianya boleh dilakukan secara alami dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi. Malahan anda boleh menggunakan bahan-bahan dari dapur rumah anda.
Di sini terdapat beberapa petua untuk dikongsikan. Semoga sedikit sebanyak membantu anda untuk menjaga kecantikan tanpa perlu menghabiskan wang yang banyak.
1. Merawat jerawat
Madu dan kulit kayu manis memang terkenal dengan pelbagai khasiat tersendiri. Selain digunakan untuk memasak, ia juga boleh digunakan untuk merawat masalah kecantikan termasuk merawat masalah jerawat yang tumbuh di muka.
Caranya adalah, 3 sudu madu dicampurkan dengan satu sudu teh serbuk kulit kayu manis. Gaul kedua-dua bahan tersebut sehingga sebati dan sapukan di bahagian yang berjerawat.
Dengan izin Allah, kesannya dapat dilihat dalam jangka masa yang pendek. Ia nya sangat mudah, malahan sangat efektif dan murah.
2.Menegangkan kulit muka
Terdapat pelbagai petua untuk menegangkan kulit muka. Salah satu antaranya dengan menggunakan timun.
Caranya adalah, parut timun dan kemudian campurkan dengan sedikit tepung ubi kayu. Kedua ramuan ini digaul hingga sebati dan ditambah sedikit air. Ratakan ke seluruh kulit wajah anda dan biarkan ia kering lebih kurang selama dua puluh ke tiga puluh minit.
Cara ini bukan saja efektif untuk menegangkan kulit muka, malah dapat menjadikan kulit muka kelihatan segar.
3. Menghilangkan bau badan
Bau badan yang tidak menyenagkan adalah masalah yang dialami oleh ramai individu. Ia boleh membuat anda kurang yakin untuk berdepan dengan orang atau berada terlalu lama di sesuatu tempat.
Atasi bau badan ini agar tidak menghadkan diri anda untuk bergaul dengan orang lain,
Caranya adalah, potong bahagian batang pokok kantan sehingga pendek. Kemudian tumbuk batang pokok kantan sehingga lumat dan rebus sehingga airnya mendidih. Gunakan air rebusan ini sebagai mandian dan bilas sehingga bersih.
4. Mengatasi masalah kelemumur
Tentu anda berasa tidak selesa apabila kulit kepala anda selalu merasa gatal. Pasti anda berasa malu kerana perlu kerap menggaru kepala di khayalak ramai. Lebih malang lagi bagi wanita bertudung, kelemumur menyebabkan kepala anda berbau hapak.
Ucapkan selamat tinggal kepada kelemumur dengan mengamalkan petua ini. Caranya adalah, dengan menggunakan 10 helai daun pandan. Cuci daun pandan tersebut sehingga bersih dan tumbuk sehingga lumat. Kemudian campurkan dengan lebih kurang dua gelas air.
Gaul seketika agar pati daun pandan bercampur dengan air. Kemudian tapis air tersebut dan usaplah ke rambut anda yang bermasalah hingga ke kulit kepala. Biarkan seketika dan kemudian bilas dengan air.
5. Merawat panau
Masalah kulit badan yang biasa dialami oleh kaum lelaki adalah masalah panau. Ia membuat anda berasa lebih malu apabila masalah panau anda timbul di bahagian yang tidak boleh disembunyikan seperti di bahagian leher.
Mungkin anda boleh menyelesaikan masalah panau anda dengan bahan yang sangat mudah di dapati iaitu bawang putih. Caranya adalah, Ambil beberapa ulas bawang putih dan belah dua. Kemudian, sapukan bawang putih itu di bahagian yang berpanau. Pastikan bawang putih itu mengeluarkan sedikit air.
Kulit anda mungkin akan kelihatan merah dan terasa pedih. Tetapi jangan bimbang kerana ia hanya seketika. Petua ini amat baik dilakukan setiap kali selepas mandi selama lebih kurang 2 minggu. Pastikan anda konsisten dan jangan mudah berputus asa merawat masalah ini.
InsyaAllah, masalah panau anda pasti akan berkurangan dalam tempoh seminggu dan mungkin akan hilang selepas beberapa ketika.
6. Merawat kulit terbakar atau 'sunburn'
Malu untuk ke kolej atau ke tempat kerja kerana kulit terbakar akibat berjemur di tepi pantai? Tak usah gusar kerana amat mudah untuk merawat masalah ini. Anda hanya perlu menyediakan jagung muda dan tomato.
Caranya adalah, ambil sebiji jagung muda dan sebiji tomato kemudian diparut. Hasil parutan ini kemudian dicampur dengan satu sudu madu. Gaulkan ketiga-tiga bahan tersebut sehingga sebati.
Selepas itu, ratakan ramuan tersebut ke seluruh kulit wajah yang terbakar dan biarkan selama beberapa minit sehingga kering. Akhir sekali, bilas dengan air. Lakukan setiap hari dan lihatlah keberkesanannya.
7. Atasi kegemukan
Gemuk! Ramai wanita benci dengan perkataan ini. Lemak berlebihan di badan membuatkan tubuh badan kelihatan tidak menarik. Ia membuatkan kadang-kadang anda sukar memilih pakaian kerana bentuk badan yang tidak stabil.
Tidak dinafikan, lemak itu memang diperlukan, tetapi jika ianya berlebihan, ia membawa kepada kemudaratan. Terdapat pelbagai cara alami untuk menyingkirkan lemak di badan. Antaranya, dengan menggunakan asam jawa.
Caranya adalah, ambik sedikit asam jawa dan ramas di dalam sebotol air masak. Air asam jawa ini kemudian di sejukkan di dalam peti sejuk dan amalkan meminumnya setiap kali selepas makan tengah hari dan tengah malam bagi mendapatkan tubuh badan idaman.
Anda juga boleh menggunakan buah pinang muda yang lembut. Caranya adalah, ambil buah pinang muda itu dan dibelah dua. Kenudian, buah pinang ini direbus dengan air sehingga mendidih dan biarkan ia sejuk sebelum diminum.
Air rebusan pinang ini berperanan melawaskan pembuangan air besar di samping membantu menyingkirkan lemak berlebihan.
8. Memutihkan gigi
Senyuman adalah sesuatu menyenangkan hati. Dengan senyuman anda kadang kala mampu menceriakan hari ramai orang. Tetapi mampukah anda melemparkan senyuman manis penuh keikhlasan jika ia menampakkan gigi anda yang kekuningan?
Jangan gusar kerana anda mampu merawat masalah gigi kuning anda cara yang mudah. Antaranya adalah dengan menggunakan abu.
Caranya adalah, ambil daun kelapa lalu dibakar sehingga menghasilkan abu. Selain daun kelapa, anda boleh menggunakan kulit manggis untuk menghasilkan abu iaitu dengan membakar kulit manggis. Abu hasil pembakaran ini kemudian diambil dan ditumbuk sehingga halus.
Abu yang terhasil ini bolehlah digunakan untuk menggosok gigi anda. InsyaAllah senyuman anda akan nampak lebih menarik dengan gigi yang putih bersinar tanpa mengeluarkan wang yang banyak.
9. Menghilangkan bau kaki
Pernahkah anda mengalami keadaan di mana anda terpaksa menahan bau kaki seseorang di satu kawasan tertutup yang amat memualkan. Bagi mereka yang mengalami masalah ini, pastinya anda berasa sangat malu?
Apa kata anda cuba petua ini untuk mengatasi masalah anda. Caranya adalah, ambil segenggam asam jawa dan campurkan dalam sebesen air. Masukkan sesudu garam di dalam besen berisi air asam jawa tadi.
Kemudian, rendam kaki anda sambil menggosok-gosok di celah kaki anda. Lakukan ini beberapa kali dan lihat perubahannya. Anda pasti tidak akan menyesal. Selain dapat menghilangkan masalah bau kaki, ia juga dapat mengatasi masalah ulat air dan menghilangkan maslah gatal-gatal di kaki.
10. Menghilangkan tanda hitam di siku, lutut, buku dan buku lali
Pasti anda berasa rimas melihat tanda hitam pada siku, lutut dan buku lali lebih-lebih lagi apabila ia mencacatkan penampilan anda. Buku lali yang hitam membuatkan anda terbatas dalam memilih kasut kerana anda ingin menyembunyikan tompokan di buku lali anda.
Begitu juga dengan cara anda berpakaian. Pastinya cara pemakaian anda terbatas kerana ingin melindungi cela di siku dan lutut anda.
Jangan gusar kerana anda boleh mencuba petua ini. Caranya adalah, dengan mengambil beberapa helai daun sirih..\ Kemudian, letakkan sedikit kapur dan minyak zaitun pada daun sirih tersebut. Setelah itu, gosokkan ia pada bahagian yang bermasalah selama beberapa minit. Amalkan setiap hari untuk hasil yang anda inginkan. — EdisiRakyat.com, 13 Februari 2017

Post a Comment