PENGALAMAN membuat kita dapat memperbaiki dan merubah sesuatu ke arah yang lebih baik. Petua orang tua-tua di dalam dapur sedikit sebanyak dapat di guna pakai untuk kehidupan sehari-harian. Antara petua yang dapat dikongsikan adalah:
1. Cara menghilangkan bau ayam
Kebiasaannya, apabila daging ayam yang di beli lambat di simpan di dalam peti sejuk beku, ia akan mengeluarkan bau yang kurang enak.
Untuk menghilangkan bau yang tidak menyenangkan amat mudah. Caranya adalah dengan menggunakan tepung gandum.
Ambil tepung gandum dalam anggaran 2 gelas cukup untuk menyelaputi badan ayam dan dilumurkan pada badan ayam dan biarkan selama beberapa minit.
Kemudian cuci ayam tersebut dan ulang langkah tadi sebanyak dua kali dan cuci dengan air sebersih-bersihnya.
Dengan izin Allah, bau yang kurang menyenangkan itu akan hilang.
2. Cara membuat tomato tahan lama
Tomato adalah buah-buahan yang sangat digemari bukan sahaja untuk masakan, malahan untuk rawatan kecantikan dan juga enak dimakan begitu sahaja.
Malangnya tomato tidak boleh tahan lama jika jika di biarkan begitu sahaja. Tetapi jangan gusar kerana anda boleh mencuba cara ini untuk memastikan kesegaran buah tomato anda.
Caranya adalah, ambil sedikit minyak masak dan di panaskan. Apabila minyak masak sudah suam, sapukan di keliling buah tomato dan simpan di dalam peti sejuk seperti biasa.
Ini akan membuatkan tomato anda sentiasa segar dan tahan lebih lama.
3. Cara mengurangkan serapan minyak pada kerepek
Kerepek adalah sejenis kudapan yang enak di makan ketika dalam keadaan santai seperti sedang menonton tv.
Malangnya, pasti anda tidak gemar jika kerepek yang anda makan terlalu berminyak. Kerepek yang terlalu berminyak juga akan menyebabkan kerepek berbau tengik apabila disimpan lama.
Untuk mengelakkan kerepek anda menyerap terlalu banyak minyak ketika menggoreng, anda boleh guna cara ini.
Contohnya anda ingin membuat kerepek pisang. Ambil pisang yang dihiris halus dan direndam seketika dalam air yang ditambah sesudu soda bikarbonat.
Anda akan mendapat kerepek yang rangup dan tidak menyerap banyak minyak dengan cara ini.
4. Cara menghindari percikan minyak panas
Perkara yang paling dibenci ketika memasak adalah apabila terkena percikan minyak panas ketika menggoreng.
Lebih parah lagi apabila percikan minyak panas ini membuatkan kulit anda melecur dan meninggalkan parut.
Anda boleh mencuba cara ini iaitu dengan menggunakan limau nipis. Ambil sepotong limau nipis dan perahkan di dalam minyak panas dalam kuali sebelum dipanaskan.
Setelah minyak anda panas, bolehlah anda teruskan dengan menggoreng. Selain mengelakkan dari terkena percikan minyak, masakan anda akan menjadi bertambah lazat.
5. Cara membuat sawi jeruk
Anda mungkin penggemar sawi jeruk, tetapi anda kerapkali berasa tidak puas hati apabila membeli dari jeruk di pasar kerana terlalu masin dan kadangkala terlalu lama disimpan.
Apa kata anda buat sawi jeruk anda sendiri di rumah. Caranya amat mudah. Ambil sawi hijau dan dicuci bersih. Kemudian jemur sawi tersebut lebih kurang empat jam.
Setelah itu, gaulkan dengan garam mengikut kemasinan yang anda inginkan dah biarkan semalaman.
Kemudian, masukkan air basuhan beras dan rendam selama lebih kurang empat jam.
Bilas sawi anda dan nah, sawi jeruk anda sudah siap untuk dimasak. Ianya bukan sangat mudah tetapi terjamin kebersihannya.
6. Cara menghilangkan bau pada pengisar
Kerap menggunakan pengisar membuatkan pengisar anda berbau tidak enak walaupun sudah dicuci berulangkali.
Ia juga mempengaruhi bau dan rasa bahan makanan lain yang dikisar dalam pengisar yang sama.
Untuk menghilangkan bau dan rasa yang kurang menyenangkan ini amat mudah. Caranya adalah dengan mengambil tiga sudu besar garam yang dicampurkan dengan secawan air lalu dikisar doakan pengisar yang berbau tadi.
Ulang beberapa kali sehingga bau yang kurang enak itu hilang. Dengan izin Allah lah, anda tidak perlu berkira-kira untuk membeli pengisar baru kerana masalah anda sudah selesai.
7. Cara menghilangkan rasa pahit pada mee kuning
Pernahkan anda berhadapan dengan masalah di mana mee goreng anda berada pahit.
Ini membuatkan anda tidak mahu lagi menghidangkan mee goreng untuk santapan suami anda kerana risau masakan anda akan dikritik.
Jangan risau kerana adalah amat mudah mengatasi masalah ini. Caranya adalah dengan menggunakan gula dan air.
Sebelum dimasak, rendamkan mee kuning anda ke dalam air berisi sesudu besar gula selama lebih kurang 15 minit dan kemudian ditoskan.
Dengan cara ini, rasa pahit mee dapat dihilangkan tanpa mengubah rasa asal mee anda. Selamat mencuba! — EdisiRakyat.com, 28 Februari 2017

إرسال تعليق