Pemandu Uber dipenjara kerana sebabkan kematian penumpang

SEORANG Pemandu Uber yang terlibat dalam satu kemalangan dan juga buat julung kali menyebabkan kematian penumpang perkhidmatan itu, dipenjara selama 6 minggu dan diharamkan daripada memandu untuk 5 tahun.

Saddam Hussein Norazman, 23 seorang Warganegara Singapura dituduh cuai sehingga menyebabkan kematian seorang penumpangnya dan mencederakan seorang pemandu van.

Dia mengaku bersalah menyebabkan kematian Goh Pei Ling, 18 di Lebuhraya Seletar, Singapura (SLE) pada bulan September tahun lalu dan juga menyebabkan kecederaan serius terhadap seorang pemandu van bernama Muhammad Shuib Samat berusia 22 tahun.


Sumber foto — The Star

Dia dilaporkan membawa Goh dan kakak iparnya yang sedang mengandung lima bulan pada hari itu, menaiki kereta jenis Toyota Vios pada jam kira-kira 3:45 pagi 25 September sebelum melanggar sebuah lori yang sedang berhenti di hadapannya.

Kereta yang dipandu oleh Saddam telah melanggar lori terbabit meskipun ia memasang lampu kecemasan sebelum kenderaan dipandunya melanggar van yang dipandu Shuib.

Kesan pelanggaran itu menyebabkan kematian Goh, sementara iparnya Chan Qian Jin, 20 terselamat dengan kesan luka di bahagian muka. Kedua-dua wanita terbabit tidak mengenakan tali pinggang keselamatan.

Hasil siasatan mendapati pemandu lori Dhanasikaman Pravin Kumar, 29 memberhentikan lori nya di belakang van Shuib di lorong paling kiri lebuhraya yang memiliki 3 laluan kerana terdapat kejadian kemalangan lebih awal melibatkan dua kenderaan.

Saddam dilaporkan memandu sepanjang lorong paling kiri di lebuhraya SLE, namun gagal untuk menyedari kenderaan kenderaan yang sedang berhenti sebelum merempuhnya.

Dia cuba untuk menekan brek dan merubah haluan kenderaannya ke bahagiaan lorong tengah namun kenderaan yang dipandu telah melanggar bahagian belakang lori, Shuib, seterusnya menghentam van.

Kereta yang dipandu Saddam berpusing sebelum akhirnya berhenti di tengah-tengah laluan jalan, manakala Shuib tercampak di bahagian depan kereta mengakibatkannya mengalami kecederaan patah bahu kiri.

Berdasarkan rakaman CCTV kereta yang dipandu Saddam merempuh lori selepas 17 saat lampu kecemasan pada kenderaan tersebut dinyalakan.

Goh dikejarkan ke hospital sebelum kemudiannya dikatakan meninggal dunia pada 7.31 pagi.

Di dalam hujahan ketika perbicaraan dijalankan, Timbalan Pendakwaraya Ryan David Lim berkata, terdapat tahap kecuaian yang jelas dan tahap kecederaan di dalam kes ini adalah tinggi.

Dakwanya Saddam mempunyai cukup masa dan jarak sekitar 320 meter untuk mengelakkan pelanggaran. Beliau juga menunjukkan dua kenderaan sebelum itu telah berjaya melepasi lori berhenti tersebut dan juga van maka tiada alasan untuknya tidak melihat kenderaan-kenderaan tersebut.

Dalam rayuan, peguam yang mewakili Saddam, Muntaz Zainuddin berkata, anak guamnya yang kini sedang menuntut di Jordan untuk menjadi seorang pemimpin agama telah dilanda trauma akibat daripada kemalangan tersebut. Dia tidak dapat tidur dan makan dengan sempurna disebabkan perasaan bersalah yang dirasainya akibat kehilangan nyawa.

Hakim Jasvender Kaur menetapkan hukuman bermula pada 6 Februari 2017.

Saddam boleh dijatuhkan hukuman sehingga dua tahun penjara ataupun denda kerana menyebabkan kematian akibat kecuaian. Hukuman maksimum kerana menyebabkan kecederaan serius akibat kecuaian mengancam nyawa adalah penjara selama dua tahun dan denda S$5,000 (RM15,630) — EdisiRakyat.com, 11 Februari 2017

Post a Comment

أحدث أقدم