Kemaskini permohonan matrikulasi 2017 secara online boleh dibuat mulai 13 Februari

KEMASKINI terhadap permohonan ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia, KPM bagi tahun 2017 boleh dibuat mulai 13 Februari 2017.

Bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia, SPM tahun 2016, anda boleh mula mengemaskini borang permohonan masuk ke matrikulasi kementerian mulai tarikh yang disebutkan di atas, manakala tarikh tutupnya pula adalah pada 27 Februari 2017.

Para pelajar atau pemohon tidak perlu menghantar salinan keputusan SPM ke Bahagian Matrikulasi Kementerian. 

Ini kerana, keputusan bagi calon-calon SPM dan pemohon yang telah berjaya akan diperoleh oleh Bahagian Matrikulasi secara terus dari Lembaga Peperiksaan sejurus selepas keputusan peperiksaan tersebut diumumkan secara rasmi.

Pelajar ataupun pemohon yang berjaya ditawarkan ke program tersebut perlu mencetak sendiri surat tawaran kerana ia akan dikeluarkan secara atas talian (online) sepenuhnya. Ini bermakna tiada surat tawaran akan dihantar kepada alamat rumah pelajar ataupun pemohon seperti yang pernah dilaksanakan seperti sebelum ini. 

Pelajar berkenaan boleh terus melakukan kemaskini secara atas talian melalui laman web Kementerian Pendidikan Malaysia, (Ministry of Education) di pautan berikut,

PAUTAN — www.moe.gov.my



Namun jika anda ada sebarang pertanyaan atau kemusykilan berkaitan pengemaskinian borang permohonan Program Matrikulasi KPM, anda boleh menghubungi bahagian itu di tiga (3) talian-talian telefon berikut:

03-8884 4083
03-8884 4036
03-8884 4040 

Waktu operasi pula adalah di antara pukul 8:30 pagi sehingga 4:30 petang sewaktu hari-hari bekerja sahaja.

Maklumat lanjut akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Post a Comment

أحدث أقدم