JUMLAH kutipan cukai barangan dan perkhidmatan, GST berjumlah RM41.2 bilion pada tahun 2016 dilaporkan melebihi daripada nilai yang disasarkan untuk tahun lalu iaitu sebanyak RM38.5 bilion.
Timbalan ketua pengarah kastam dan GST, Datuk Zulkifli Yahya dipetik sebagai berkata, cukai GST yang diperoleh kerajaan bagi tahun 2016 sebanyak RM41.2 bilion adalah melebihi sasaran awal kerajaan bagi tahun lalu iaitu sebanyak RM38.5 bilion.
"Tahun lalu kutipan GST adalah RM41.2 bilion, iaitu melebihi sasaran RM38.5 bilion dan pihak kami akan mengemaskini hasil kutipan dari semasa ke semasa," katanya.
Menurut beliau lagi, setakat ini kira-kira 433,000 syarikat telah didaftarkan di bawah GST sejak sistem percukaian baharu itu mula dikuatkuasakan pada 1 april 2015.
"Sistem percukaian ini baru sahaja dilaksanakan selama setahun 10 bulan dan kita mahu mendidik mereka untuk lebih memahami tentang GST.
"Namun dalam tempoh perlaksanaan cukai ini pihak kastam sudah melihat bibit-bibit kejayaan untuk kita terus melaksanakannya dengan lebih cemerlang lagi," katanya kepada wartawan selepaa Program Kayuhan Amal Kastam 1 Malaysia di Putrajaya pada 21 Januari 2017.
Setakat ini jabatan kastam masih belum menentukan jumlah peratus peniaga di atas talian yang ada di negara ini namun percaya masih ramai peniaga atas talian yang belum berdaftar untuk membayar gst.
" Jabatan kastam akan terus mengesan perniagaan dalam talian yang mempunyai nilai ambang sebanyak RM500,000 sama ada secara luar talian atau dalam talian kerana mereka semua tertakluk kepada percukaian GST," katanya. — EdisiRakyat.com, 5 Februari 2017