SEORANG ibu yang juga merupakan rakyat Malaysia terkandas di Jeddah, Arab Saudi bersama dua orang anaknya selepas diceraikan suami lebih sebulan yang lalu, merayu bantuan sesiapa yang dapat membantu mereka untuk pulang ke Malaysia.
Iryani binti osman yang kini berada di Jeddah mendakwa telah diceraikan oleh suaminya sejak bulan Disember yang lalu selepas mendirikan rumah tangga selama 6 tahun dan dikurniakan dua orang cahaya mata.
Beliau ingin pulang ke Malaysia bersama anak-anaknya.

SCROLL KE BAWAH UNTUK MENONTON VIDEO
"Saya Irnani binti Osman, saya bekerja di Jeddah, kami sekarang berada di Jeddah dan saya sudah berumahtangga selama 6 tahun bersama suami saya Azmi Junaidi, dan baru-baru ini saya diceraikan pada bulan Disember yang lepas oleh suami saya dan kini saya ingin pulang ke Malaysia bersama dengan anak-anak saya," katanya dalam satu rakaman video yang tersebar.
Bagaimana pun dakwanya, bekas suami enggan memberi kebenaran untuk membawa anak-anak pulang ke Malaysia. Segala dokumen berkaitan seperti visa dan dokumen anak-anaknya berada dalam simpanan suami.
"Permasaalahannya sekarang, saya tidak dapat pulang disebabkan suami saya Azmi Junaidi, enggan memberi kebenaran untuk membawa anak-anak pulang disebabkan permasalahan visa dan dokumen anak-anak berada di tangan suami saya," dakwanya.
Mereka anak beranak dakwanya, sudah sebulan terpaksa menumpang di rumah kawan-kawan kerana tiada tempat untuk tinggal. Pihak konsulat Malaysia yang dihubunginya sebelum ini juga didakwa tidak dapat memberi bantuan.
"Kami tidak ada tempat untuk tinggal, kami cuma menumpang di rumah kawan-kawan, selama satu bulan ini, saya cuba mendapatkan bantuan daripada pihak konsulat Malaysia di Jeddah tetapi mereka juga tidak dapat membantu," katanya.
Justeru, Irnani merayu dan berharap kepada sesiapa yang dapat membantu mereka anak beranak untuk pulang ke Malaysia.
"Saya minta dan berharap sangat-sangat kepada sesiapa yang dapat membantu kami untuk bawa kami pulang malaysia dengan secepat mungkin kami tiada siapa-siapa di sini kami nak balik," rayunya.
Katanya lagi, dia kini sedang mengandung anak ketiga yang berusia 4 bulan di dalam kandungan.
"Saya sekarang juga tengah mengandung anak nombor 3 yang di dalam kandungan saya berusia 4 bulan, saya berharap sangat dapat bantuan dari sesiapa untuk bawa kami bertiga pulang," rayunya lagi. — EdisiRakyat.com, 6 Februari 2017