Ibu dan 2 anak terkandas di Arab Saudi selepas diceraikan suami

SEORANG ibu yang juga merupakan rakyat Malaysia terkandas di Jeddah, Arab Saudi bersama dua orang anaknya selepas diceraikan suami lebih sebulan yang lalu, merayu bantuan sesiapa yang dapat membantu mereka untuk pulang ke Malaysia.

Iryani binti osman yang kini berada di Jeddah mendakwa telah diceraikan oleh suaminya sejak bulan Disember yang lalu selepas mendirikan rumah tangga selama 6 tahun dan dikurniakan dua orang cahaya mata.

Beliau ingin pulang ke Malaysia bersama anak-anaknya.



SCROLL KE BAWAH UNTUK MENONTON VIDEO

"Saya Irnani binti Osman, saya bekerja di Jeddah, kami sekarang berada di Jeddah dan saya sudah berumahtangga selama 6 tahun bersama suami saya Azmi Junaidi, dan baru-baru ini saya diceraikan pada bulan Disember yang lepas oleh suami saya dan kini saya ingin pulang ke Malaysia bersama dengan anak-anak saya," katanya dalam satu rakaman video yang tersebar.

Bagaimana pun dakwanya, bekas suami enggan memberi kebenaran untuk membawa anak-anak pulang ke Malaysia. Segala dokumen berkaitan seperti visa dan dokumen anak-anaknya berada dalam simpanan suami.

"Permasaalahannya sekarang, saya tidak dapat pulang disebabkan suami saya Azmi Junaidi, enggan memberi kebenaran untuk membawa anak-anak pulang disebabkan permasalahan visa dan dokumen anak-anak berada di tangan suami saya," dakwanya.

Mereka anak beranak dakwanya, sudah sebulan terpaksa menumpang di rumah kawan-kawan kerana tiada tempat untuk tinggal. Pihak konsulat Malaysia yang dihubunginya sebelum ini juga didakwa tidak dapat memberi bantuan.

"Kami tidak ada tempat untuk tinggal, kami cuma menumpang di rumah kawan-kawan, selama satu bulan ini, saya cuba mendapatkan bantuan daripada pihak konsulat Malaysia di Jeddah tetapi mereka juga tidak dapat membantu," katanya.

Justeru, Irnani merayu dan berharap kepada sesiapa yang dapat membantu mereka anak beranak untuk pulang ke Malaysia.

"Saya minta dan berharap sangat-sangat kepada sesiapa yang dapat membantu kami untuk bawa kami pulang malaysia dengan secepat mungkin kami tiada siapa-siapa di sini kami nak balik," rayunya.

Katanya lagi, dia kini sedang mengandung anak ketiga yang berusia 4 bulan di dalam kandungan.

"Saya sekarang juga tengah mengandung anak nombor 3 yang di dalam kandungan saya berusia 4 bulan, saya berharap sangat dapat bantuan dari sesiapa untuk bawa kami bertiga pulang," rayunya lagi. — EdisiRakyat.com, 6 Februari 2017



12 تعليقات

  1. Siapa suruh kau kahwin dan tinggal kat Arab? Negara malaysia ni tak cukup banyak ke peluang pekerjaan sampai kau nak duduk di arab saudi tu?

    Perdana Menteri kita dah sediakan banyak peluang pekerjaan untuk rakyat, tapi kau tak hargai, kau sombong pilih juga nak berbakti kepada negara asing.

    Padanlah muka kau!

    ردحذف
    الردود
    1. Kau punya komen azmi macam orang terencat laa..
      Tak menampak kan ciri² seorang muslim..
      Doa je la yang baik² tak rugi apa² pon..

      حذف
    2. Apa lah punya manusia kau ni, orang tengah susah kau padankan muka pulak

      حذف
    3. PUKIMAK LU AZMI!

      NAJIB KATA BANYAK PELUANG KERJA?
      MEMANG SAH KAMU NI BARUA NAJIB..
      CAKAP BABI MCM NAJIB KAMU NAK PERCAYA

      LU MEMANG PUKIMAK BABI ANAK HARAM.
      SIAL PUNYA ORANG
      PI MAMPOS LE KAMU DGN KADAR SEGERA!

      حذف
    4. PUKIMAK LU AZMI!

      NAJIB KATA BANYAK PELUANG KERJA?
      MEMANG SAH KAMU NI BARUA NAJIB..
      CAKAP BABI MCM NAJIB KAMU NAK PERCAYA

      LU MEMANG PUKIMAK BABI ANAK HARAM.
      SIAL PUNYA ORANG
      PI MAMPOS LE KAMU DGN KADAR SEGERA!

      حذف
    5. Tolong jgn politic perkara begini.tq

      حذف
  2. Dayus punya lelaki. Ko ambil dari mak bapak sebelah perempuan cara elok kau pulangkan balik pada mak bapak perempuan cara elok la dol. Lepas makan 6 tahun sedap sedap ko nak buang ya.

    ردحذف
  3. Semoga dipermudahkan urusan adik dan anak2 utk pulang ke Malaysia.. Akak kesian tengok anak2 dan bayi yg bakal lahir.. Jadi ibu tunggal, tggl jauh dr keluarga, hidup di negara org.. Allah... Harap ada yg dapat membantu bawa mereka pulang... Wahai bekas suami Irnani binti Osman, ibu bapa Irnani beri dia kepada kau elok2 dulu.. Dan kau kembalikanlah elok2 kepada ibu bapanya semula... Kesian tengok muka anak2... Walaupun kami si pembaca tidak tahu dan tidak mahu tahu kisah anda berdua, kami hanya memikirkan kebaikan utk anak2 anda berdua... Semoga Allah lembutkan hati encik bekas suami Irnani...

    ردحذف
  4. Insyirah yusuf... Boleh bagi alamat dan detail tentang wanita ini? Ada pihak nk cuba bantu

    ردحذف
  5. Minta maklumat bagaimana nak hubungi sipenggadu di sana. Ini permohonan dari Menteri berkaitan. Tq.

    ردحذف
  6. Minta maklumat bagaimana nak hubungi sipenggadu di sana. Ini permohonan dari Menteri berkaitan. Tq.

    ردحذف
  7. Semoga dipermudahkn....doa insan teraniaya tiada hijabnya. Bersabarlah wahai saudariku.

    ردحذف

إرسال تعليق

أحدث أقدم