Hans Isaac akan berkahwin dengan bekas ratu cantik Gabriella Robinson

PELAKON dan penerbit terkenal Hans Isaac, 45 dilaporkan akan mengakhiri zaman bujangnya dengan pasangan hidup bekas ratu cantik Gabriella Robinson, 27 pada 29 Julai 2017.

Dalam satu sidang media di Kuala Lumpur pada 28 Februari, Hans Isaac telah memperkenalkan kepada pihak media wanita yang bakal menjadi isterinya yang juga merupakan rakyat malaysia pertama sebagai Ratu Cantik Miss Tourism International 2011/2012.



Robinson juga pernah memenangi tempat kedua sebagai Ratu Cantik Malaysia 2012.

Hans Isaac dikatakan telah berkenalan dengan Robinson ketika beliau dipilih sebagai juri dalam pertandingan Ratu Cantik Malaysia tahun 2012. Sejak dari pertemuan itu mereka mula berkawan sehinggalah kira-kira setahun lalu di mana hubungan mesra antara keduanya mula terjalin.

"Kami telah lama berkawan, kami telah lama mengenali hati budi antara satu sama lain, bertahun-tahun lamanya, dan saya tahu walau apapun yang terjadi sama ada saya berjaya atau pun tidak dia sentiasa ada untuk saya," kata Hans Isaac menceritakan tentang keserasian mereka berdua.

Isaac dilaporkan telah melamar robinson pada 29 Januari lalu di Singapura.

"Saya beritahu dia kita akan ke singapura untuk bercuti sempena menyambut Tahun Baru Cina, saya melamarnya di depan gereja tempat ibu dan bapa saya berkahwin di Cathedral of The Good Shepherd," kata Isaac.

Majlis perkahwinan mereka akan datang dijangka akan diadakan di St John's Carhedral di Kuala Lumpur manakala majlis resepsi pula bakal diadakan di Hotel Majestic Kuala Lumpur. — EdisiRakyat.com, 28 Februari 2017

Post a Comment

Previous Post Next Post