ADALAH amat penting untuk mengetahui cara penjagaan diri di awal kehamilan kerana ini adalah saat-saat kritikal bagi kandungan anda kerana ia masih rapuh.
Kehamilan adalah sesuatu yang sangat ditunggu-tunggu oleh pasangan yang telah mendirikan rumah tangga. Ia lebih mengujakan bagi mereka yang telah bertahun- tahun menantikan kehamilan.
Bukankah ia amat menyedihkan jika anda kehilangan kandungan anda kerana tidak mempunyai pengalaman dan pengetahuan.
Di sini dikongsikan beberapa tips yang boleh dijadikan panduan untuk ibu-ibu hamil agar ibu hamil dapat melewati fasa awal kehamilan tanpa sebarang masalah.
1. Dapatkan nasihat doktor
Perkara utama yang perlu anda lakukan adalah mendapatkan nasihat doktor. Ia adalah untuk memastikan kandungan anda sentiasa berada dalam keadaan sihat.
Dapatkan temujanji berkala untuk memantau perkembangan kehamilan anda. Pastikan anda mematuhi jadual temujanji.
Banyak masalah yang boleh dikenal pasti di awal kehamilan yang memerlukan pemantauan dan rawatan awal. Antaranya kehamilan anggur (molar pregnancy),kehamilan luar rahim dan pendarahan.
2. Melakukan senaman
Kehamilan bukan halangan untuk anda melakukan senaman untuk kesihatan anda malahan senaman ringan adalah penting untuk membantu meregangkan otot-otot disamping mengurangkan rasa sakit pinggang dan kekejangan sepanjang kehamilan.
Senaman juga membantu meningkatkan pengaliran oksigen ke tubuh badan anda dan secara tidak langsung membantu menyalurkan lebih banyak oksigen kepada janin anda dan membantu perkembangannya.
Terdapat pelbagai senaman yang sesuai untuk ibu-ibu hamil antaranya berjalan kaki, berenang dan pelbagai senaman lain.
Anda boleh merujuk kepada doktor anda tentang senaman- senaman yang sesuai diamalkan di awal, di pertengahan dan di penghujung kehamilan dan cara-caranya.
3. Menjaga pemakanan
Diet yang seimbang adalah sangat penting untuk memastikan kesihatan kandungan anda. Berhati-hati dengan cara pemakanan anda lebih-lebih lagi di awal kehamilan kerana pengambilan pemakanan yang salah boleh mengakibatkan kecatatan janin anda dan lebih teruk lagi menyebabkan keguguran.
Banyakkan memakan sayur-sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan nutrien untuk kesihatan anda dan bayi anda.
Tingkatkan pengambilan makanan yang mampu menambah hemoglobin dalam darah contonya kurma, sayur bayam, hati ayam dan pelbagami makanan laain kerana ia amat penting untuk perkembangan janin anda dan mengelakkan komplikasi sewaktu kehamilan.
Elakkan pengambilan makanan manis secara berlebihan sewaktu kehamilan yang boleh menyebabkan anda diserang kencing manis yang memberi risiko kepada kehamilan anda.
Elakkan memakan makanan yang tinggi sifat keasidannya dengan kuantiti yang banyak yang boleh mengakibatkan keguguran contohnya buah nenas.
4. Dapatkan rehat yang cukup
Ibu hamil perlu mendapatkan rehat yang cukup sekurang-kuranganya lapan jam sehari bagi membantu perkembangan janin.
Jangan melakukan kerja berat yang membuatkan kandungan anda berisiko mengalami keguguran. Jauhkan diri anda dari tekanan kerja dan tugas rumah yang memenatkan yang boleh mengakibatkan anda mengalami tekanan darah tinggi ketika hamil.
Tekanan darah tinggi ketika hamil amat berisiko kepada anda dan bayi anda ketika hamil yang boleh membahayakan nyawa anda berdua.
Habiskan hujung minggu anda untuk berehat dan manjakan diri anda dengan berendam dengan air berisi mandian aromaterapi untuk memberikan ketenangan pada anda dan menghilangkan stress.
5. Pemakaian yang sesuai
Kehamilan tidak menghalang anda untuk berfesyen dan tampil anggun tetapi haruslah memberi keselesaan pada diri anda dan kandungan anda.
Pakailah pakaian yang longgar dan sesuai agar tidak memberi tekanan kepada perut anda yang ingin membesar.
Ramai ibu-ibu hamil mengalami perubahan suhu badan dan alahan pada kulit yang menyebabkan mereka kerap berpeluh, timbul ruam dan kegatalan pada kulit.
Pilihlah pakaian dari material kain yang tidak panas dan kain kapas yang menyerap peluh.
Pemakaian kasut juga perlu dititikberatkan. Jika sebelum ini anda gemar memakai kasut tumit tinggi, bertukarlah kepada kasut bertumit rata sepanjang kehamilan anda untuk memberi keselesaan dan kesesuaian kepada postur badan anda.
Pemakaian kasut rata juga adalah penting untuk mengelakkan anda dari mengalami kemalangan atau kecederaan yang boleh membahayakan anda dan bayi anda. — EdisiRakyat.com, 15 Februari 2017

Post a Comment