TM tawarkan naik taraf kelajuan internet percuma kepada pelanggan

SYARIKAT penyedia jalur lebar TM menawarkan naik taraf kelajuan percuma kepada pelanggan yang sedia ada selaras dengan Pelan Penambahbaikan Jalur Lebar yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan Bajet 2017.

Pengguna yang telah melanggan perkhidmatan TM Homeline, sama ada Streamyx atau UniFi bagi pelanggan kediaman sebelum Februari 2017 layak untuk naik taraf percuma yang dipanggil sebagai "Thank you surprise".



Sebagai contoh, mereka yang telah melanggan Pelan Unifi Advance 30Mbps (megabit sesaat) akan dinaik taraf kepada 50Mbps.

Jika anda melanggan pelbagai perkhidmatan, anda akan mendapat peningkatan kelajuan untuk semua langganan sekiranya layak.

Anda boleh melayari pautan www.tm.com.my/thankyousurprise untuk menyemak sama ada anda layak dengan memasukkan nama anda, nombor MyKad, nombor Homeline, nombor telefon bimbit dan alamat e-mel.

Thank You Surprise tidak akan menjejaskan kontrak anda - dalam erti kata lain, kontrak anda tidak akan dilanjutkan. Walau bagaimanapun, kelayakan bergantung kepada beberapa kriteria lain juga seperti lokasi anda.

TM juga akan menghantar SMS dan e-mel bermula 16 Jan memaklumkan kepada para pelanggannya.

Mereka yang masih belum menerima sebarang mesej dari TM digalakkan untuk menyemak folder spam dan junk e-mel mereka kerana syarikat itu tidak akan menghantar semula mesej.

Syarikat itu menjangka akan melancarkan naik taraf percuma secara berperingkat mulai bulan ini.

Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi TM melalui Twitter (@TMConnects), live chat atau menghubungi nombor talian 100.

Anda boleh menolak tawaran ini, tetapi anda perlu berbuat demikian sebelum 31 Jan. — EdisiRakyat.com, 24 Januari 2017
Previous Post Next Post