Punca dan sebab bayi menangis, serta cara penyelesaiannya

SEBAGAI ibu ataupun ayah, anda tentu bingung mencari punca ataupun sebab mengapa bayi menangis terutama di waktu malam, malah ada bayi yang menangis terus menerus sampaikan terjerit-jerit.

Ada juga keadaan ibu bapa mengalami situasi di mana bayi mereka menangis sewaktu hendak tidur, di dalam tidur, ketika bangun tidur dan sebagainya. Keadaan ini tentu sekali sangat merungsingkan.



Benarkah hanya menyusu boleh tidurkan bayi?

Ramai ibu akan mengguna kaedah menyusukan anak mereka sebagai langkah bagi menidurkan bayi sekaligus supaya si manja tidak lagi menangis. 

Adakah anda pasti seratus peratus (100%) bahawa bayi anda hanya boleh tidur dan berhenti menangis dengan cara menyusu (menghisap payudara ibu atau nurse to sleep association) sahaja?

Pernahkah anda cuba kaedah lain untuk menenangkan di manja anda selain menyusu? Jika tidak pernah maklumat ini tentu sangat penting untuk anda.

Para penyelidik telah melakukan pemerhatian dan kajian terhadap ramai bayi-bayi di seluruh dunia, hasil dapatan kajian, mereka telah menggariskan elemen-elemen berikut sebagai turutan keutamaan kaedah menenteramkan bayi.

1. Bedung
2. Bunyian
3. Hayunan
4. Hisapan

Rujukan — Baby Language

Tentu anda terkejut bukan? 

Rupa-rupanya kaedah yang anda gunakan selama ini bagi menenteramkan bayi anda melalui cara menyusu berada pada keutamaan yang terakhir.

Lihat video berikut, semasa wanita ini cuba menenteramkan bayi menggunakan kaedah 'cuddle cure' (bedungan), bagi membantu si manja agar bertenang dan dapat tidur, pada awalnya dia mencari-cari sesuatu untuk dihisap.

Bayi comel ini mahu menghisap tangan wanita yang sedang membedungnya, ia adalah satu hal yang biasa jika seseorang bayi itu sudah biasa tidur sambil menghisap sesuatu (menyusu, menghisap puting tiruan dan sebagainya).

Namun akhirnya bayi comel ini melupakan segala yang dicari untuk dihisap sebelum itu, kerana dia telah berjaya ditenangkan dengan elemen yang lebih utama iaitu bedung, bunyi (ssshhhh) serta ayunan.


Menyusukan bayi untuk menenangkan sekaligus menidurkannya mungkin bukan perkara yang mengganggu bagi segelintir ibu. Namun sebahagian besar ibu-ibu yang mempunyai pelbagai ragam rutin dan jadual harian sangat merasa terganggu apabila si manja perlu menyusu setiap kali untuk menidurkannya.

Nah inilah jawapan bagi penyelesaian masaalah anda! — EdisiRakyat.com, 29 Januari 2017

Previous Post Next Post