Nama Trump muncul di langit ketika puluh ribu wanita berarak

HARI angkat sumpah Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat dicemari dengan perarakan yang dilaporkan disertai lebih sejuta wanita di seluruh dunia sebagai tanda protes terhadap beliau.

Protes terhadap Trump turut berlangsung di Sydney, Australia di mana puluhan ribu wanita berarak menggesa pentadbiran presiden baru Amerika itu memberi perlindungan terhadap kebebasan awam.

Namun tanpa disangka-sangka, seorang penyokong Trump dilaporkan sanggup berbelanja besar membayar syarikat yang menyediakan perkhidmatan menulis perkataan di langit (sky writting), untuk menulis nama 'Trump' di atas ribuan wanita yang berarak di ibu kota Sydney.


Ini menimbulkan rasa marah di kalangan wanita yang berarak. Mereka turut berkongsi gambar tulisan di langit tersebut sambil meluahkan kemarahan menerusi laman sosial. — EdisiRakyat.com, 22 Januari 2017


Previous Post Next Post