Gemar daging salai lebih risiko mati akibat kanser payudara — Kajian

KAJIAN mendapati, wanita penghidap kanser payudara yang gemar makan daging panggang, daging salai dan daging bakar (barbeku) memiliki risiko lebih tinggi untuk mati disebabkan oleh penyakit yang dihidapi berbanding wanita yang kurang mengambil makanan tersebut.

Kajian itu turut mendakwa bahawa wanita yang lebih banyak makan daging salai, panggang, dan bakar sebelum melakukan diagnosis juga mempunyai kemungkinan 23 peratus lebih tinggi untuk mati atas semua sebab.



Daripada tiga pilihan makanan yang disebutkan di atas, daging salai mungkin memberi kesan paling buruk. Tabiat makan daging lembu, kambing dan babi salai membawa kepada 17 peratus risiko lebih tinggi kematian disebabkan oleh semua punca, dan 23 peratus lebih risiko untuk mati akibat kanser payudara. 

"Banyak carcinogens (bahan penyebab kanser) ditemui dalam daging-daging panggang dan salai," kata Humberto Parada yang mengetuai penyelidikan di University of North Carolina.

"Satu yang paling lazim adalah polycyclic aromatic hydrocarbons (PAH), yang terbentuk semasa pembakaran bahan organic," katanya lagi.

Wanita mungkin terdedah kepada carcinogen ini melalui asap rokok ataupun pencemaran udara, yang mana boleh meninggikan risiko pembentukan kanser payudara, kata Parada yang dilaporkan berkata demikan melalui satu kiriman email.

Segelintir penyelidik mendakwa, pendedahan kepada bahan-bahan kimia ini melalui daging salai ataupun daging panggang boleh meningkatkan risiko kanser payudara, tapi kajian terkini mendapati sebahagian bukti utama menunjukkan ia juga memberi kesan kepada daya hidup.

"Memanggang atau menyalai daging menghasilkan PAH dengan lebih mudah berbanding kaedah masakan seperti menggoreng menggunakan kuali, beberapa faktor mungkin mempengaruhi pembentukan PAH termasuk tempoh waktu masakan dan jenis daging, — daging berlemak mungkin hasilkan lebih banyak PAH," kata Parada.

Bagi kajian terbaru, para penyelidik telah menemubual tentang tabiat pemakanan 1,508 orang wanita yang sudah dikenalpasti menghidap kanser payudara dalam tahun 1996 atau 1997. Soalan yang sama ditanya semula kepada mereka 5 tahun kemudian.

Selepas mengikuti perkembangan separuh daripada wanita-wanita tersebut selama sekurang-kurangnya 17.5 tahun, terdapat 597 kematian termasuk 237 akibat dari kanser payudara.

Apabila dibandingkan wanita yang memakan hanya sejumlah kecil daging-daging panggang, salai dan bakar secara konsisten, wanita yang mengambil banyak makanan tersebut sebelum dan selepas diagnosis 31 peratus lebih tinggi kebarangkalian mati dalam tempoh kajian.

Wanita-wanita yang memasukkan ayam dan ikan di dalam pemakanan sebelum dan selepas diagnosis kanser payudara adalah 45 peratus lebih rendah kebarangkalian mati dalam tempoh masa kajian berbanding wanita yang tidak mengambil makanan tersebut.

Paras lemak tepu yang lebih rendah dalam ayam fan ikan berbanding daging mungkin boleh membantu menjelaskan perkara ini, kata Dr Pagona Lagiou seorang penyelidik di University of Athens Medical School di Greece.

Satu limitasi penyelidikan ini pula ialah, ia hanya bergantung kepada kekerapan wanita tersebut mengambil makanan yang berbeza tanpa menilai jumlah makanan dan berapa kali mereka makan daging setiap minggu.

Kajian tersebut juga bukanlah satu ujikaji, maka ia tidak boleh membuktikan sama ada daging yang berlainan jenis memberi kesan kepada daya hidup dengan kanser payudara.

Bagaimanapun, kajian ini mencadangkan agar wanita untuk mengambil perhatian terhadap cara masakan mereka bagi meminimakan pendedahan terhadap bahan kimia yang bersifat carcinogenic, kata Dr Mingyang Song, seorang penyeldik di Massachusetts General Hospital di Boston dan Havard University.

"Bahan kimia ini boleh terhasil daripada kayu api atau apabila lemak dan bendalir daripada daging yang dipanggang di atas api yang terbuka, menyebabkan terhasilnya nyalaan api dan asap," dakwa Song.

"Secara umum, semakin banyak lemak pada daging, semakin tinggi tahao kandungan bahan kimia tersebut," tambahnya lagi. — EdisiRakyat.com, 30 Januari 2017

Previous Post Next Post