BR1M 2017 akan diagihkan mulai 18 Februari kata Najib Razak

PERDANA Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak memaklumkan melalui akaun twitter rasmi miliknya bahawa Bantuan Rakyat 1 Malaysia, BR1M 2017 akan diagihkan mulai 18 Febuari 2017.

"Saya lihat ramai tanya di FB, Twitter & IG (Instagram) mengenai BR1M. Sukacita saya memaklumkan, Insya-Allah BR1M akan diagihkan bermula 18 Febuari ini," tulis beliau pada hari Jumaat (27 Januari 2017).



Ketika membentangkan bajet 2017 bulan Oktober lalu, Najib telah mengumunkan bahawa jumlah bayaran BR1M bagi semua kategori akan dinaikkan.

Pengumuman Najib ketika itu antaranya iailah, bagi isi rumah berpendapatan di bawah RM3,000, akan menerima brim sebanyak RM1,200.

Manakala isi rumah yang berpendapatan di antara RM3,000 hingga RM4,000, nilai BR1M akan dinaikkan dari RM800 kepada RM900.

Selain itu, individu-individu bujang yang berpendapatan di bawah RM2,000 sebulan pula akan menerima peningkatan BR1M daripada RM400 kepada RM450. — EdisiRakyat.com, 27 Januari 2017
Previous Post Next Post