Tips segarkan mata yang letih
MATA adalah organ deria yang amat penting kepada manusia. Ia membolehkan manusia menerima persepsi terhadap bentuk saiz struktur warna kedudukan dan jarak antara sesuatu objek.
MATA adalah organ deria yang amat penting kepada manusia. Ia membolehkan manusia menerima persepsi terhadap bentuk saiz struktur warna kedudukan dan jarak antara sesuatu objek.
Sesungguhnya mata memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan seharian seorang manusia.
Namun begitu ramai di antara kita yang tidak mengambil berat tentang kesihatan mata melainkan jika berlaku sesuatu kepadanya sama ada cedera atau rosak penglihatan.
Bagi melindungi mata, ada beberapa cara untuk menghalang mata dari menjadi rosak jika kita menjaganya dengan baik. Oleh itu ikuti beberapa tips berikut bagi mengekalkan mata yang sihat dan menawan.
1. Gunakan penanggal mekap
Setiap kali anda mengenakan mekap jangan lupa menanggalkan solekan di wajah dan mata menggunakan penanggal mekap (make up remover) yang sesuai.
Pastikan mata anda dioles lembut dengan kapas khas yang bersih dan lembut. Selain itu pastikan kapas mampu menyerap cecair atau krim penanggal sepenuhnya.
Kemudian barulah digosokkan pada mata. Jangan menggosok terlalu keras sebaliknya gosoklah dengan cara lembut kerana persekitaran mata begitu sensitif dan mudah menjadi kendur jika selalu digosok dengan kuat.
2. Gunakan krim mata yang sesuai
Selain daripada rawatan wajah, mata juga mempunyai penjagaannya yang tersendiri. Jika selepas pulang dari kerja dan anda telah menanggalkan mekap dengan penanggal mekap yang sesuai, maka penjagaan mata sebelum tidur juga adalah sangat penting.
Sebelum melelapkan mata anda digalakkan mengoles sedikit krim mata bagi mengelakkan lingkaran hitam, garis halus, dan keadaan mata yang tidak bermaya.
3. Pastikan tidur yang mencukupi
Semua orang tahu bahawa tidur adalah asas utama dalam kecantikan dan kesegaran mata. Tidur yang mencukupi jangka masa lapan jam sehari dapat menghindarkan mata daripada menjadi sembab, bengkak dan dipenuhi kantung mata (eye bag) serta lingkaran hitam di bawah mata.
Oleh itu, pastikan waktu tidur anda mencukupi jangka masa 8 jam tidak kurang dan tidak juga lebih.
4. Segarkan mata dengan timun
Bagi merawat mata yang lebam dan sebagai langkah mengelakkan berlakunya kedutan anda boleh meletakkan potongan timun di atas mata.
Uncang teh terpakai juga dikenalpasti boleh membantu memberi kesegaran kepada mata anda. Mata yang letih setelah seharian bekerja kembali segar apabila petua ini dijadikan amalan.
Ambillah masa anda untuk rileks dengan uncang ini selama 10 hingga 15 minit dan rasai lah kesegarannya selepas itu.
5. Jangan menatap komputer terlalu lama.
Kebanyakan kerja hari ini menuntut kita untuk menatap skrin komputer selama berjam-jam setiap hari. Menatap skrin komputer terlalu lama memberi impak negatif kepada kesihatan mata.
Jika mata anda memberikan isyarat yang tidak menyenangkan seperti terasa pedih dan sebagainya eloklah anda berehat seketika daripada terus menghadap komputer.
Sebaik-baiknya carilah gambar pemandangan atau apa sahaja selain terus menatap komputer. — EdisiRakyat.com, 26 Januari 2017