Wanita beli rumah hasil jualan 20 biji iPhone 7 dihadiahkan 20 kekasih

SEORANG wanita yang dikenali sebagai Xiaoli, dari Shenzen, China berjaya memperolehi RM71,190 dengan menjual 20 biji I phone 7 yang dijual melalui laman web Hui Shou Nao.

Wanita itu berjaya memperdaya 20 teman lelakinya dengan memujuk mereka membelikannya iPhone 7 setiap seorang untuk dijual semula dan hasil jualan handphone itu kemudiannya digunakan untuk membeli sebuah rumah di kawasan luar bandar.



Xiaoli dikatakan menjual sebiji iPhone yang diperolehi dengan harga sekitar RM 3591. Perkara ini disahkan oleh laman Hui Shou Bao kepada BBC.

Seorang pengguna laman sosial yang menggunakan nama panggilan Proud Qiaoba telah berkongsi cerita Xiaoli ini pada forum Tian Ya Di Du. Proud Qiaoba yang mengaku sebagai rakan sepejabat Xiaoli menceritakan bahawa Xiaoli bukan dari golongan berada di mana ibunya seorang suri rumah, ayahnya seorang pekerja asing dan dia adalah anak sulung.

Ibu bapa Xiaoli semakin uzur dan mungkin Xiaoli dalam keadaan terdesak untuk memiliki rumah tetapi dia tidak menyangka Xiaoli akan menggunakan cara itu untuk mendapatkan wang.

"Semua orang di pejabat bercakap tentang perkara ini sekarang. Siapa tahu apa yang difikirkan teman-teman lelaki Xiaoli setelah perkara ini tersebar secara umum," kata Proud Qioba.

Cerita mengenai Xiaoli ini juga dikongsi secara meluas di laman sosial cina Weibo dengan hashtag #20 telefon bimbit untuk sebuah rumah di mana terdapat lebih 13 juta komen diberikan.

Sesetengah komen mengkritik Xiaoli tidak tahu malu tetapi ada juga yang memujinya dengan menganggap dia pintar.

Salah satu komen dari seorang wanita yang memuji Xiaoli berbunyi:


"Saya tidak dapat mencari walau seorang teman lelaki, tetapi Xiaoli dapat memiliki 20 teman lelaki dan berjaya memujuk setiap seorang dari mereka untuk membelikannya iPhone 7. Saya harap Xiaoli boleh mengajar saya kemahiran itu". — EdisiRakyat.com, 1 November 2016
Previous Post Next Post