Kejam, Ibu dan teman lelaki suntik 3 anak dengan heroin

SEORANG ibu muda  dan teman lelakinya didakwa telah menyuntik tiga anaknya berusia enam, empat, dan dua, dengan dadah jenis heroin. 

Ibu muda itu yang dikenali sebagai Ashlee Hutt, 24, dan teman lelakinya Leeroy 'Mac' McIver, 25, dituduh melakukan perbuatan itu pada kedua-dua anak perempuannya dan seorang anak lelakinya  di rumah mereka di Washington, seperti yang dilaporkan portal Daily Mail.

Kanak-kanak malang itu ditemukan oleh pihak polis yang membuat serbuan setelah menerima laporan dari kawan pasangan itu dalam keadaan yang sangat menyedihkan di dalam keadaan rumah yang menjijikkan dipenuhi tahi tikus dan jarum.

Pasukan Servis Perlindungan kanak-kanak yang membuat pemerikasaan ke atas kanak-kanak malang itu mendapati terdapat kesan calar dan lebam-lebam di badan kanak-kanak berusia dua tahun kesan daripada disuntik dengan heroin.

Anak lelaki yang merupakan anak sulung dari tiga beradik itu ketika disoal siasat menceritakan bagaimana si ibu dan teman lelakinya mencampurkan serbuk putih dengan air dan disuntik pada mereka.

Dia juga menceritakan bagaimana dia dicekik oleh teman lelaki ibunya untuk memaksa dia menerima dadah itu yang mereka gelar "feel good medicine" atau "sleeping juice"

Kedua-dua suspek ditahan pada 12 November 2015 apabila polis menyerbu rumah mereka dan ditahan reman sehingga sebutan kes di mahkamah untuk menjawab segala pertuduhan.

Pasangan itu dihadapkan dengan tiga pertuduhan iaitu membekalkan dadah kepada kanak-kanak di bawah umur,kesalahan jenayah darjah kedua dan penderaan kanak-kanak darjah kedua.

Amat pelik apabila dua tahun lalu, Ashlee Hutt pernah memuat naik gambar seorang kanak-kanak malang yang telah meninggal dunia akibat meminum air  yang mengandungi dadah dan meraikan penahanan ibu kanak-kanak itu yang bernama Alyia Iverson tetapi dia juga akhirnya melakukan perkara yang sama keatas anak-anaknya.

Ketika itu dia juga memuat naik status yang berbunyi :

"Akhirnya keadilan untuk kamu. Ia amat menyedihkan yang kau kehilangan nyawa kerana kerajaan tiada siapa peduli. Ini tidak akan berlaku kalau kau bersama bapa atau mereka yang benar-benar sayangkan kamu"

Kanak-kanak yang di kenali sebagai Nathan itu mati akibat pengambilan dadah jenis methamphetamine secara berlebihan.

Ketiga-tiga anaknya kini dipindahkan ke rumah kebajikan setelah enam bulan Servis perkindungan kanak-kanak membuat siasatan .


Post a Comment

أحدث أقدم