Gadis dihukum sebat kerana berdiri terlalu rapat dengan kekasih

SEORANG gadis antara pesalah terbaru dikenakan hukuman sebat di khalayak ramai selepas didapati melanggar undang-undang daerah di Aceh, satu-satunya daerah di Indonesia yang menjalankan Undang-Undang Shariah.

Gadis berumur 20 tahun itu dilaporkan dijauhkan hukuman sebat atas kesalahan berdiri terlalu hampir dengan kekasihnya.

Gadis tersebut antara 13 orang — tujuh lelaki dan enam wanita berumur antara 21 dan 30 tahun yang dikenakan hukuman sebat pada Hari Isnin di sebuah masjid di daerah Banda Aceh.



Enam pasangan didapati bersalah kerana melanggar Undang-undang Shariah yang mengharamkan pergaulan dan hubungan intim seperti sentuhan, berpelukan dan bercumbu di kalangan pasangan kekasih yang belum bernikah.

Seorang wanita yang dijadualkan untuk disebat pada hari yang sama, mendapat penangguhan hukuman kerana didapati sedang mengandung. Timbalan Datuk Bandar Aceh bagaimanapun menegaskan 'hukuman akan dilaksanakan selepas dia selesai melahirkan anak'.

Pegawai yang menjalankan tugas berharap hukuman itu akan bertindak sebagai langkah pencegahan: 'Kami harap selepas ini tiada lagi sesiapa di Banda Aceh berani melanggar undang-undang di masa hadapan.'



Wilayah Aceh yang terletak di Kepulauan Sumatera mula melaksanakan Undang-undang Shariah selepas diberikan kuasa autonomi dalam tahun 2001, sebagai langkah Jakarta menamatkan konflik berpanjangan dengan kumpulan pemisah wilayah itu.

Undang-undang Islam mula diperketatkan selepas satu perjanjian damai dimeterai dengan kerajaan pusat Indonesia pada 2005. — EdisiRakyat.com, 2 November 2016
أحدث أقدم