Wang tunai 34 kali ganda gaji bulanan masuk akaun bank Najib Razak

DALAM kiriman terbaru, halaman facebook Sarawak Report mendedahkan kemasukan wang tunai 34 kali ganda daripada jumlah gaji diterima oleh perdana menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak setiap bulan.

Portal yang telah disekat akses terhadapnya oleh kerajaan Malaysia itu, turut menyiarkan dokumen transaksi wang tunai yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi individu bernama Dato' Seri Mohd Najib.

"Kenyataan bank yang diterima oleh Sarawak Report menunjukkan sekurang-kurangnya 5 transaksi deposit tunai ke dalam dua akaun bank AmBank milik Najib di Kuala Lumpur berjumlah RM3.4 juta di antara 2 Febuari dan 3 Mac 2015. Jumlah keseluruhan mewakili 34 kali ganda gaji rasminya RM100,000 sebulan,"  tulis Sarawak Report di halaman facebook.
Dokumen itu memaparkan nombor akaun 2112022011880 dan 2112022011906 dengan penama Dato' Seri Mohd Najib.







Jika dakwaan ini benar, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM perlu menjalankan tanggung jawab menyiasat dari manakah sumber wang tersebut diperolehi oleh Najib kerana ia jauh melebihi pendapatan seorang perdana menteri.

Sebelum ini Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dilaporkan menggesa mana-mana pihak agar melaporkan kepada SPRM sekiranya mengetahui mengenai penjawat awam yang dilihat hidup mewah.

"Saya rasa gaji penjawat awam adalah lumayan, dan cukup untuk hidup dalam kesederhanaan tetapi bukanlah dalam kemewahan. Jadi kalau nampak golongan yang terlalu mewah itu, tolonglah sama ada lapor SPRM atau keluarga nasihatlah sikit supaya bertaubat," katanya. — EdisiRakyat.com, 9 Oktober 2016

Sumber: Sarawak Report


Previous Post Next Post