Rakaman video wanita kena lenyek van Polis dalam tunjuk perasaan

TUNJUK perasaan aman membantah kehadiran tentera Amerika di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di Filipina bertukar ganas apabila pihak Polis negara itu bukan sahaja menggunakan gas pemedih mata, malah melenyek beberapa penunjuk perasaan menggunakan Van Polis.

Banyak rakaman video tersebar menyaksikan tindakan ganas anggota polis yang dilihat memandu secara ke depan dan mengundur sebuah van dengan laju di tengah-tengah kepadatan ramai penunjuk perasaan.

Antara video yang menjadi viral ialah rakaman seorang wanita dilenyek dan terseret sejauh beberapa meter di bawah Van Polis ketika tunjuk perasaan tersebut.



Kejadian itu dilaporkan mula terjadi selepas orang ramai memukul kenderaan polis berkenaan menggunakan kayu 'baton' yang sebelum itu telah dirampas daripada Polis anti rusuhan.

Sekurang-kurangnya 3 aktivis pelajar dihantar ke hospital akibat menjadi mangsa rempuhan tersebut kata Renato Reyes yang mengetuai tunjuk perasaan itu.

"Walaupun Presiden melaungkan dasar luar yang bebas, Polis Filipina masih bertindak bagaikan anjing Amerika," kata Reyes mengulas tentang kejadian tersebut.

Protes anti Amerika Syarikat dilaporkan sedang hangat berlangsung di banyak kawasan di Filipina. Bulan lalu, enam orang dilaporkan ditangkap kerana menyertai protes sama depan kedutaan tersebut.

Pada bulan Jun, sekumpulan siswa di Manila berkumpul membantah EDCA sambil membakar bendera bendera Amerika Syarikat. — EdisiRakyat.com, 20 Oktober 2016

Di bawah ini video yang dimaksudkan



أحدث أقدم