SEKEPING resit bayaran berjumlah RM32,800 dikenakan kepada penama Saadiah Binti Wahab bagi rawatan perubatan dengan kepala surat bertulis Pusat Perubatan Islam Darul Rizqi Melaka tersebar di Laman Sosial Facebook dan Twitter.
Anak mangsa, Muhammad Sholehin B. Md Saad tampil mendakwa ditipu oleh pihak yang menggunakan nama Islam untuk kepentingan diri sendiri sambil menyifatkan perbuatan itu memalukan Islam.
Menceritakan secara terperinci tentang resit bayaran yang tersebar itu, Sholehin berkata pada malam 11 Oktober 2016 yang lalu beliau yang dalam keadaan terdesak telah membawa ibunya, Saadiah yang menderita sakit kaki untuk mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Islam Darul Rizqi, Melaka.
Pihak hospital dakwa Sholehin tidak dapat mengesan punca kesakitan tersebut. Beliau cuba mendapatkan rawatan cara Islam bagi menghindarkan diri dari terjebak kepada sebarang perbuatan syirik sepanjang proses rawatan.
Menurut Sholehin lagi, bayaran RM300 dikenakan untuk 'scan' (imbas) penyakit. Memikirkan derita ditanggung oleh ibu, beliau yang pada awalnya merasa berat hati, tetap rela membayar kos itu selepas meminta bantuan isteri dan abangnya.
Selepas pemeriksaan dibuat, beliau ditanya sama ada mahu meneruskan rawatan, beliau menjawab "ya," dan memang itulah tujuannya datang dari jauh untuk mendapatkan rawatan bagi ibu.
Apa yang mengejutkan, cas rawatan yang diserahkan untuk bayaran kepadanya berjumlah RM32,800, selepas berlaku tawar menawar, harga diturunkan kepada RM22,000.
Alasan diberikan ialah, itu merupakan kos untuk menanggung risiko bagi melakukan rawatan terhadap ibunya, dan rawatan tidak akan dimulakan sehinggalah duit atau barangan yang setimpal dengan harga itu dijelaskan.
Sholehin mendakwa pada ketika itu ibunya yang sudah tidak dapat menanggung rasa sakit, terus menyerahkan rantai tangan emas miliknya yang dibeli dengan harga sekitar RM4,000 suatu masa dahulu.
Namun selepas rawatan yang dimaklumkan hanya suku daripada keseluruhan rawatan yang patut dijalani itu selesai dilakukan, Sholehin bertanya keadaan ibunya, namun ibunya hanya mendiamkan diri.
Ketika berada dalam kereta barulah ibunya berkata tiada sebarang perubahan berlaku, malah kesakitan ditanggung semakin teruk. Sehingga hari ini Sholehin mendakwa sakit ibunya masih berterusan malah kini ditempatkan di Unit Kecemasan Hospital.
Individu bernama Am didakwa turut menawarkan air yassin untuk diminum dan digunakan sebagai mandian untuk ibu dengan harga RM40 sebotol (1.5 Liter).
Namun selepas Sholehin memberitahu tidak memiliki wang, individu tersebut terus memberikan air yassin itu secara percuma. Beliau turut mendakwa menolak apabila Am menghantar mesej kepadanya menggesa untuk rawatan susulan bagi ibu. — EdisiRakyat.com, 14 Oktober 2016