Pemandu bas maut dibakar penumpang

SEORANG pemandu bas maut akibat dibaling dengan sesuatu bahan yang boleh menyebabkan kebakaran pada tubuh mangsa oleh seorang penumpang yang menaiki bas sedang dipandunya.

Kejadian yang berlaku di Brisbane Australia menyebabkan pemandu malang yang dikenali sebagai Manmeet Alisher, 29 maut di tempat kejadian.

Keadaan panik dalam bas yang dipenuhi asap menyebab penumpang berlari ke bahagian belakang bas untuk menyelamatkan diri tetapi terperangkap kerana pintu belakang bas tersebut tidak boleh dibuka.



Seorang pemandu teksi yang dikenali sebagai Aguek Nyok yang kebetulan lalu di tempat kejadian dipetik dalam sumber yang melaporkan ketika ditemubual berkata, dia bergegas mendapatkan bas itu dan melihat penumpang terperangkap di belakang bas kerana tidak dapat keluar melalui pintu depan akibat api yang marak.

Nyok menendang pintu belakang dari luar sehingga terbuka dan penumpang bergegas keluar menyelamatkan diri. Enam dari penumpang itu mengalami trauma manakala 11 yang lain diberikan rawatan oleh paramedik akibat terhidu asap dan kecederaan ringan.



Polis menahan seorang lelaki berusia 48 tahun atas kesalahan mencetuskan keganasan hingga menyebabkan kematian. Menurut sumber yang melaporkan, pegawai polis yang dikenali sebagai Supt Jim Keogh berkata:

"Saya berdepan dengan pelbagai kes, namun kejadian ini jarang-jarang berlaku kerana tiada motif pembunuhan dikenalpasti.

"Seorang pemandu bas yang sedang menjalankan tugasnya membantu komuniti dibunuh dengan cara yang tidak masuk akal dan tindakan yang tidak perlu" tambahnya lagi.

Mangsa merupakan komuniti India Brisbane, sangat berbakat dalam nyanyian dan tarian. Menurut sahabatnya, mangsa sudah bertunang dan akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi..

Datuk Bandar Brisbane, Graham Quirk dipetik dari sumber berkata, "Ini adalah hari yang sangat menyedihkan bagi kounsel dan seluruh komuniti".

Bendera akan dikibar separuh tiang di seluruh bandar pada hari Sabtu sebagai tanda menghormati pemandu berusia 29 tahun itu. — EdisiRakyat.com, 28 Oktober 2016
أحدث أقدم