Lelaki mengaku rogol anak, anak tiri, anjing dan ayam dipenjara

PELIK dan menghairankan, seorang lelaki dilaporkan dijatuh hukuman penjara oleh mahkamah selepas mengaku kepada isterinya bahawa dia telah merogol anak perempuan, anak tiri, anjing-anjing keluarga dan jiran, serta ayam.

Lelaki berusia 20 tahun itu yang tidak dapat didedahkan identitinya bagi melindungi mangsa, dijatuhkan hukuman penjara 6 tahun 7 bulan selepas mengakui kesalahan dilakukannya.

Mahkamah di Adelaide, Australia mendengar kes itu di mana lelaki terbabit mengaku telah merogol anak perempuan yang baru berusia 3 tahun, manakala anak tiri perempuan pula berusia antara 9 dan 11 tahun ketika kedua mereka sedang tidur.

Penjenayah pelik itu turut mengaku merogol ayam-ayam dan juga anjing milik keluarga serta jiran tetangga lapor ABC News.




Sambil menyifatkan perbuatan itu sebagai jijik dan luar biasa, hakim Paul Muskat berkata: "Kamu nampaknya benar-benar berusaha dan memiliki motivasi untuk mendapatkan rawatan bagi mengatasi tabiat seksual yang tidak normal serta luar biasa ini, yang mana ia adalah baik bagi mengurangkan risiko kesalahan itu berulang di masa hadapan,"

"Jika hukuman ini dilihat agak sederhana, ia disebabkan kamu mengaku secara sukarela sekaligus mengurangkan hukuman terhadap kamu," katanya.

"Pesalah harus diberi galakan jika mereka mengaku dan sanggup bertanggung jawab di atas kesalahan yang dilakukan, serta mempunyai azam mengatasi sebarang punca yang menyebabkan mereka melakukan kesalahan itu, seperti yang telah kamu lakukan," tambahnya lagi. — EdisiRakyat.com, 13 Oktober 2016
Previous Post Next Post