SEORANG lelaki yang mendapati 'bumper' keretanya tercabut pada awal pagi menyangka berlaku cubaan mencuri kereta miliknya. Dia lantas menghubungi pihak Polis di Sakarya, Turki.
Namun rakaman CCTV kemudian mendedahkan perkara sebenar, di mana kereta miliknya bukanlah terlibat dengan sebarang perbuatan jenayah manusia sebaliknya ia telah diserang oleh sekumpulan anjing liar.
Kereta milik Cam Acar, yang dilapor diletakkan di sebuat kawasan perindustrian dirosakkan oleh sekumpulan anjing liar membawa kepada kerosakan dianggar sekitar 5,000 Lira Turki (RM6,775).
Menyedari perkara sebenar Acar membatalkan niat asalnya yang mahu membuat laporan Polis, kerana menurutnya anjing tentu sekali tidak boleh didenda atau dihukum.
Acar mendakwa kumpulan anjing-anjing itu mungkin sedang memburu kucing yang berada di bawah keretanya yang tidak dapat dilihat di dalam rakaman CCTV dan ini mengakibatkan ia bertindak liar. — EdisiRakyat.com, 19 Oktober 2016