Isteri mahu dijadikan pelacur akibat suami ketagih mesin judi di Port Dickson

SEMUA orang tahu bahawa tabiat berjudi boleh merosakkan masyarakat, menghancurkan rumahtangga yang pada mula aman dan bahagia.

Apa yang mungkin segelintir kita tidak tahu ialah, bagaimana premis-premis judi masih lagi berleluasa malah lokasi-lokasi ia beroperasi sekadar menjadi 'rahsia umum' masyarakat setempat.

Ibarat tercalit tahi di batang hidung, sebesar penumbuk tapi berpura-pura tidak menghidu bau busuk.

Contohnya seperti sebuah kejadian yang dikatakan berlaku di Port Dickson, Negeri Sembilan ini, seorang suami tergamak mahu menjadikan isterinya pelacur akibat menanggung hutang Ah Long.

Lebih malang hutang yang dibuat bukanlah untuk menampung keperluan hidup yang terdesak, namun hanya untuk melepaskan ketagihan berjudi di premis-premis judi haram yang bersepah-sepah di Port Dickson Negeri Sembilan.


Suasana salah sebuah Pusat Judi tersbesar di Seremban, Negeri Sembilan

Perkara ini didedahkan oleh si isteri yang tiada tempat mengadu terpaksa mengadu kepada laman facebook MyWatch sebuah NGO Pemantau Jenayah yang kebelakangan ini begitu aktif mendedahkan lokasi premis-premis judi dan pelacuran seluruh negara.


"Salam admin mohon hide (sembunyikan) nama saya.

Kehidupan saya dah hancur sekarang ni, suami saya seorang kakitangan kerajaan, dia seorang penagih mesin judi yang bersepah dekat PD (Port Dickson) ni, hari tu dia janji tak main dah, kebetulan masa tu mesin tutup kejap, sebab menteri besar suruh tutup, tapi baru-baru ini buka balik.

Saya ingat dia dah tak main, rupanya dia pergi balik mesin mesin judi tu. Habis semua barang kemas saya dia pergi jual, peralatan rumah pun habis dia jual, hancur kehidupan saya.

Ingat sampai situ sahaja, baru-baru ini dia ada bawa dua tiga orang kawan dia saya ingat dia nak berbual-bual, rupanya dia nak jual saya dan nak dijadikan pelacur sebab nak lunaskan hutang-hutang dia pinjam Ah Long.

Dia berhutang sebab nak main judi saya dengar perbualan mereka, saya terus lari ikut pintu belakang sekarang ni saya tak tahu apa jadi dengan anak saya di rumah. Fikiran saya buntu sangat ramai nak minta cerai saya dah tak tahan.

Saya dengar ramai kawan-kawan dia dah rosak sampai cerai laki bini sebab suami ketagih main mesin judi. Saya tak sangka lepas dia terjebak dengan judi ni dia banyak sangat berubah.

Saya percaya ramai laki bini alami benda yang sama macam saya, suami selalu tak ada duit, jual kereta jual barang kemas sebab nak main benda haram tu, apa perlu saya buat sekarang ni admin fikiran saya betul-betul buntu dah, Sampai rasa nak bunuh diri.

Tolong sebarkan apa yang saya alami supaya orang lain tahu judi mesin yang bersepah-sepah tu boleh buat hidup orang musnah, saya tak nak orang lain alami hidup macam saya terima kasih admin."

Sumber: MyWatch

أحدث أقدم