Hospital Sultanah Aminah terbakar kali kedua

HOSPITAL Sultanah Aminah, HSA dikejutkan dengan kebakaran kali kedua selepas kebakaran tragis yang mengorbankan 6 nyawa semalam yang bermula di unit rawatan rapi, ICU hospital berkenaan.

Menurut sumber, berlaku percikan api di dewan bedah HSA dan kelihatan kepulan asap keluar dari bahagian itu kira-kira jam 1.38 petang tadi.

Kakitangan hospital dan pesakit telah diarahkan sekali lagi mengosongkan hospital tersebut dan pihak bomba telah berada di tempat kejadian untuk mengawal keadaan.



Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor,(JBPM), Othman Abdullah melalui laman twitter @bombaJBPM, berlaku 'spark' (percikan api) di tingkat satu di bawah unit rawatan rapi yang terlibat dalam kebakaran semalam di mana berlaku litar pintas akibat soket elektrik yang terkena air dari kerja pembersihan kawasan unit rawatan rapi.

Bagaimanapun Kebakaran kali ini agak terkawal dan masih belum ada sebarang kecederaan dilaporkan — EdisiRakyat.com, 26 Oktober 2016
أحدث أقدم