Bendera Malaysia jadi 'seluar dalam' mat saleh di Motor GP Sepang

SEKUMPULAN 'Mat Saleh' yang hanya memakai seluar dalam dengan corak bendera Malaysia di Motor GP Sepang petang semalam menjadi bualan hangat di media sosial. Tindakan itu disifatkan menghina 'jalur gemilang' yang menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia.

Warga media sosial mempertikaikan tindakan biadap penonton warga negara asing itu yang dibiarkan berlaku meskipun dengan kehadiran pemimpin utama negara, Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak.




"Najib kat atas layan Usher.. yg kat bawah pakai spender bendera msia.. Jamal mana Jamal??" Tulis pengguna facebook, Nik Hua Exposed yang turut mengirimkan foto Najib 'berselfie' dengan Usher, seorang selebriti terkenal dari Amerika Syarikat yang turut hadir di acara Grand Prix Petronas, Sepang petang semalam.



Warga media sosial turut dilaporkan meminta pihak berkuasa menyiasat dan mengenakan tindakan terhadap penganjur Formula 1, kerana tidak dapat menjaga kelakuan penonton yang menyaksikan perlumbaan tersebut. — EdisiRakyat.com, 3 Oktober 2016


Previous Post Next Post