BAGAIKAN babak adengan filem, seorang ayah bertindak nekad secara bersendirian berjaya menangkap 'tokan dadah' yang sedang berurusan dengan anaknya di Pasaraya MyDin Mall Kuala Terengganu sekaligus membongkar aktiviti mereka.
Dalam sebuah rakaman video yang menjadi viral sejak malam tadi itu, 'si ayah' mula memeriksa kocek seluar anaknya selepas mendakwa mengenali lelaki yang ditemui oleh 'si anak' sementara 'si anak' cuba membela lelaki tersebut.
Melihatkan keadaan itu lelaki tersebut cuba menghalang kocek dan badan 'si anak' daripada diperiksa oleh ayahnya menyebabkan berlaku pergelutan kecil menyebabkan beg sandang dibawa oleh lelaki tersebut terjatuh.
'Si ayah' terus mengambil beg yang terjatuh dan memeriksanya lantas menemui barang terlarang dipercayai 'syabu' dalam beg sandang tersebut.
"Ini apa ni? Apa ni? Aku tau ni apa lah bodoh!" Jerit si ayah sambil menunjukkan barang terlarang yang ditemukannya dalam beg tersebut.
Lelaki itu menjerit sambil cuba merampas kembali barang tersebut daripada 'si ayah' sebelum beberapa pegawai pihak berkuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan, AADK dikatakan kebetulan sedang menjalankan pameran menyerbu dan menangkap mereka.
Di penghujung rakaman video, 'si ayah' sempat memberitahu orang ramai yang menyaksikan kejadian itu bahawa barang yang berada dalam tangannya adalah 'syabu' sambil mengajak orang ramai memerangi dadah habis-habisan.
"Perangi dadah habis-habisan!" katanya. — EdisiRakyat.com, 28 Oktober 2016
Berikut rakaman kejadian tersebut sila klik untuk menonton.