Wanita lelong beg tangan diperbuat daripada bangkai kucing

SEKALI imbas anda mungkin tersilap seperti melihat seekor kucing sedang duduk bersantai di rumah. Namun rupa-rupanya ia adalah sebuah beg tangan yang diperbuat daripada bangkai kucing.

Seorang wanita mencetuskan kontroversi apabila melelong sebuah beg tangan yang diperbuat daripada bangkai kucing di sebuah laman sesawang bermula dengan harga NZD1,400 (RM4,242) termasuk kos penghantaran. Orang ramai berbeza pendapat tentang barang yang dilelongnya itu.



Sebahagian ada yang memberi reaksi seperti, "Wow, ini beg tangan yang hebat, anak perempuan saya tentu sukakannya," manakala sebahagian lagi menyifatkan ia sebagai penghinaan terhadap makhluk yang mulia.

Kucing yang kini sudah menjadi beg tangan itu ditemui sudah mati terlenyek oleh sebuah kereta. Claire Hobbs, yang kebetulan memandu kereta di tempat kejadian membawanya pulang ke rumah sebelum mengubahnya  kepada sebuah beg tangan lengkap dengan kepala kucing kerana bahagian lain dikatakan sudah rosak akibat dilenyek kereta.

Claire yang turut menjual pelbagai produk berasaskan kulit haiwan di laman sesawang itu menegaskan, tiada haiwan yang sengaja dibunuh untuk menghasilkan produk seperti itu, sebaliknya haiwan yang digunakan telah terlebih dahulu mati secara semulajadi.



Orang ramai menggelarkan Claire sebagai seorang yang jijik kerana menjual beg tersebut, namun dia secara sopan membalas dengan mengatakan jika mereka menggunakan apa-apa produk berasaskan kulit haiwan, maka mereka juga sama jijik sepertinya. — EdisiRakyat.com, 22 September 2016
أحدث أقدم