Suami kerat hidung isteri kerana tak mampu bayar hantaran perkahwinan

SEORANG wanita terpaksa menanggung parut kekal seumur hidup selepas hidungnya dipotong oleh suami yang berang kerana keluarga wanita itu tidak mampu membayar hantaran perkahwinan.

Kamlesh Rathore, 25 dari Utter Pradesh, Utara Negara India mendakwa, dia telah diserang oleh suaminya Sanjeev Rathore, 27 yang tidak henti-henti meminta hantaran perkahwinan berjumlah RM3,000 sejak mereka mula berkahwin 8 tahun lalu.

Dalam budaya Masyarakat India, hantaran perkahwinan merupakan sama ada berbentuk wang, perhiasan, ataupun tabah diberikan oleh pengantin perempuan kepada pengantin lelaki sebagai syarat perkahwinan.




Menurut Kamlesh, suaminya mengganggu dan menghina dirinya setiap hari kerana menuntut hantaran perkahwinan mereka sebelum akhirnya melakukan tindakan ganas tersebut.

"Dia tak henti-henti minta 50,000 rupee," katanya.

"Sudah berulang kali saya katakan, ayah saya sangat miskin tak mampu cari duit sebanyak itu, tapi dia tak peduli dan dia selalu ugut nak potong hidung saya. Bertahun-tahun dia pukul saya. Dia pukul gunakan tali pinggang, kasut, kayu dan dia sentiasa menyeksa saya," katanya lagi.

Menurut Kamlesh, serangan yang berlaku pada 14 September lalu itu dilakukan ketika dia sedang memasak untuk makan malam, badannya ditekan ke lantai oleh keluarga iparnya sementara suami bertindak mengerat hidungnya.

"Mereka semua pegang saya dengan kuat, saya tahu mampu bergerak. Tiba-tiba saya nampak sebilah pisau entah dari mana, dan dia (suami) terus kerat hidung saya" kata Kamlesh.

Selepas serangan tersebut, Kamlesh dikejarkan ke hospital berdekatan, bagaimanapun doktor tidak dapat menampal semula serpihan hidungnya kerana ia dibawa pergi oleh Sanjeev.




Menurut Sachin, 26 yang juga merupakan abang kepada Kamlesh, Sanjeev telah membawa serpihan hidung adiknya itu ke kuil untuk dipersembahkan kepada Tuhan.

"Suami adik saya sangat kejam. Dia telah membuat hidupnya sangat teruk dan sekarang ini pula. Malah dia ambil hidungnya dan bawa ke kuil untuk dipersembahkan kepada Tuhan. Dia gila," katanya.

Pihak polis dilapor sedang mengesan keluarga Sanjeev selepas mereka dikatakan telah melarikan diri sejurus selepas melakukan serangan itu. — EdisiRakyat.com, 17 September 2016

أحدث أقدم