SEORANG remaja berusia 20 tahun, dilaporkan melelong 'dara' di internet untuk mengumpul wang bagi membolehkannya menyambung pengajian ke luar negara.
Ariana, dari Rusia melelong 'dara' miliknya bermula dari harga GBP130,500 (RM700,000) melalui sebuah laman sesawang yang menyediakan perkhidmatan wanita peneman.
Walaupun dia turut berusaha mengumpul wang melalui cara lain, Ariana percaya menjual 'dara' adalah cara paling mudah dan cepat untuk mendapat wang yang banyak.
"Ramai pelajar menghadapi masalah kewangan semasa sedang menjalani pengajian. Ada yang terpaksa bekerja untuk menampung kos pembelajaran," kata Ariana.
"Saya nak pindah ke negara lain untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. Perbelanjaan universiti tentu sangat mahal, harga sewa kediaman juga tentu tinggi.
Saya dapat bayangkan, hidup di negara lain tentu sangat sukar, maka saya tidak mahu ada beban kewangan supaya dapat tumpu kepada pengajian perubatan," katanya.
Menurut Ariana, kedua ibu dan bapanya tidak tahu bahawa dia kini berharap untuk mengumpul dana kewangan bagi memulakan hidup baru di luar negara, namun dia percaya tidak ada masalah untuk menjelaskan kepada mereka jika perbuatannya itu diketahui kelak.
Ariana turut tidak keseorangan, seorang lagi sahabat baiknya Lolita turut sama melelong 'dara' di laman sesawang yang sama bermula dengan harga RM700,000.
Ariana mengaku bahawa tindakan melelong 'dara' itu adalah kerelaan dirinya sendiri tidak dipaksa atau dipengaruhi oleh sesiapa.
Dia telah menunggu lama untuk memberikannya kepada orang yang betul namun dirasakan sia-sia.
"Kenapa saya perlu tunggu lebih lama?" Soalnya.
"Untuk apa berikan dara saya kepada seseorang yang suatu hari nanti mungkin akan menhancurkan hati saya" katanya lagi.
Selain menganggap tindakan itu sebagai satu pelaburan yang berbaloi, Ariana turut berharap pemenang bidaan itu nanti merupakan seorang yang bertimbang rasa dan dapat melayannya dengan penuh kehormatan. — EdisiRakyat.com, 27 September 2016