Perompak bodoh tak kenal mesin ATM, tersilap larikan pencetak buku bank

JIKA anda pernah terlanjur melakukan perkara yang bodoh dalam hidup anda, jangan khuatir kerana tentu sekali ada orang lain yang melakukan perkara jauh lebih bodoh dari itu.

Sekumpulan perompak yang barangkali kurang ilmu pengetahuan dilaporkan berputih mata selepas tersilap melarikan sebuah mesin kemas kini buku bank yang disangka sebagai mesin ATM.

Portal India Today melaporkan, empat perompak yang bernama Sahab Ali, Saiful Rahman, Mainul Haque dan Saddam Hussain ditangkap ketika sedang melarikan sebuah mesin kemaskini buku bank dari bangunan Binovanagar State Bank of India.




Sebelum ditahan, mereka dilaporkan cuba meninggalkan tempat kejadian selepas menyedari kehadiran kereta peronda polis, dengan menaiki sebuah kereta jenis Chevrolet yang dicuri sejak 8 tahun lepas.

Mesin kemas kini buku bank biasa ditempatkan bersama mesin ATM untuk memudahkan urusan pelanggan. Ia berfungsi sebagai mesin pencetak yang merekodkan segala transaksi kewangan akaun bank individu. — EdisiRakyat.com, 28 September 2016.


Kredit Foto: India Today.
Previous Post Next Post