Perkhidmatan LRT terkandas lagi, penumpang terpaksa berjalan kaki atas landasan

PERKHIDMATAN LRT laluan Kelana Jaya terkandas buat kali kedua dalam tempoh seminggu pagi ini dilaporkan akibat gangguan bekalan elektrik. Ini menjejaskan orang ramai terutama warga kota yang dalam perjalanan ke tempat kerja.

Difahamkan gangguan elektrik berlaku sebanyak dua kali dari jam 7:00 pagi hingga 7:30 pagi dan 9:15 pagi hingga 10:15 pagi menyebabkan pengguna terpaksa menunggu sehingga sejam sebelum keadaan kembali normal untuk meneruskan perjalanan seperti biasa.

Di laman sosial, orang ramai berkongsi gambar pengalaman mereka terpaksa keluar daripada LRT dan berjalan melalui landasan untuk meneruskan perjalanan.



Gangguan sama turut berlaku pada jam 6:30 pagi kelmarin menjejaskan penggunakan LRT dari Stesen Glenmarie dan Setiawangsa terpaksa menunggu hampir enam jam sebelum keadaan kembali seperti biasa pada jam 1:15 tengah hari. — EdisiRakyat.com, 9 September 2016


Post a Comment

أحدث أقدم