BARANGKALI ingin melepaskan tekanan, atau mahu membuatkan tugas rutin yang bosan supaya lebih seronok, seorang lelaki yang dipercayai sebagai pekerja penghantar Domino's melakukan aksi 'angkat tayar' di sebuah jalanraya yang sibuk.
Aksi itu nampaknya menarik perhatian pemerhati yang secara kebetulan berada di sekeliling. Bagaikan sedang menyaksikan sebuah pertunjukan, mereka memberikan sorakan apabila lelaki penghantar Domino's itu mula mengangkat tayar depan motorsikal yang ditunggang.
Aksi yang tidak kurang hebat itu berjaya dirakam dalam sebuah video, malangnya tidak sampai 10 saat dia mula hilang imbangan sebelum dia dan motorsikal yang ditungganginya jatuh di tengah jalanraya di hujung video tersebut.
Video tersebut mula tersebar melalui laman sosial Twitter dan menerima lebih 3,000 like. — EdisiRakyat.com, 19 September 2016