DAKWAAN seorang lelaki yang memberitahu bahawa tekak adik perempuannya cedera tertelan kaca selepas meminum ice blended perisa coklat yang dibeli dari restoran makanan segera McDonald 'viral' di laman sosial.
Satu tweet yang ditulis oleh beliau melalui Twitter berhubung perkara itu, mendapat lebih 22,000 retweet oleh pengguna lain.
Menurut Syamil, adiknya yang baru berusia 12 tahun menyangka kaca tersebut mungkin adalah coklat lalu memakannya mengakibatkan pendarahan berlaku di bahagian tekak.
Pemeriksaan doktor menggunakan camera dakwa Syamil mendapati trakea (kerongkong) adiknya berdarah, manakala kaca yang ditelan telah masuk ke dalam usus.
Menurut Syamil lagi pekerja McDonald tempat berlakunya kejadian itu ada meminta maaf sambil menyifatkan perkara itu sebagai perkara biasa kerana kesilapan manusia.
"Nak bt report. Smlm dah hentam. Senang je ckp. Gampang betoi depa. Dyorg kata biasa laa manusia penah bt kesilapan. Ceitt" tulis Syamil. — EdisiRakyat.com, 15 September 2016
Lps nie hati2 gais. Pegi McD korang usya ade tak benda nie. Smlm adik aku dah kena. Berdarah trakia adik aku gais😢 pic.twitter.com/IiNmBuCMwe— Syamil. (@aimanursyamil_8) 13 September 2016