'Pakar Motivasi' Azizan Osman kantoi guna gelaran doktor palsu

LAMAN Facebook rasmi Universiti Malaya hari ini menjawab persoalan ramai berhubung dakwaan sebelum ini yang menjadi perbualan hangat di media sosial tentang seorang usahawan yang mendapat jolokan 'pakar motivasi' Azizan Osman dituduh menggunakan gelaran doktor palsu.

Dalam kiriman terbaru di halaman facebook, Universiti Malaya menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah menganugerahkan gelaran Ijazah Kehormat Doktor Keusahawanan kepada Azizan Osman.




"Universiti Malaya (UM) ingin menarik perhatian umum berhubung status Ijazah Kehormat Doktor Keusahawanan yang didakwa dianugerahkan oleh pihak UM kepada Encik Azizan Osman sepertimana yang dibangkitkan di laman-laman media sosial.

Pihak Universiti dengan ini menegaskan bahawa kami tidak pernah menganugerahkan gelaran Ijazah Kehormat Doktor Keusahawanan kepada Encik Azizan Osman.

Semoga penjelasan ini dapat menjawab kekeliruan yang timbul di kalangan masyarakat berkaitan dakwaan tersebut." tulis halaman itu.




Dakwaan Azizan menggunakan gelaran doktor palsu tersebar sejak beberapa hari lalu di media sosial facebook, ramai pengguna yang membangkitkan persoalan itu di facebook rasmi Azizan Osman miliknya namun komen-komen tersebut dengan pantas dipadam oleh pentadbir halaman tersebut.

Sehingga kini belum ada jawapan balas dikeluarkan oleh Azizan sendiri bagi menangkis pelbagai kecaman dan kutukan yang dilemparkan terhadap beliau oleh orang ramai di facebook.— EdisiRakyat.com, 29 September 2016
Previous Post Next Post