Lucu, kepala budak ini tersangkut penutup mangkuk tandas!

SEORANG kanak-kanak berusia empat tahun masih mampu mengukir senyuman selepas kepalanya tersangkut pada penutup mangkuk tandas di rumahnya.

Luca, terpaksa mendapatkan bantuan bomba kerana pelbagai percubaan untuk mengeluarkan kepalanya menemui jalan buntu.

Ibunya Nicola memandu kereta, lantas mereka dua beranak pergi ke balai bomba berdekatan untuk mendapatkan bantuan.

Pihak Bomba terpaksa menggunakan gunting besi bagi memotong penutup mangkuk tandas yang menyekat kepala Luca, sekaligus membolehkan kepalanya dikeluarkan.

David Rogers, salah seorang Pegawai Bomba yang terlibat, dilaporkan berkata: 

"ini adalah kejadian yang paling jarang berlaku, namun kami sangat senang untuk membantu". — Edisirakyat.com, 6 September 2016





Previous Post Next Post