PEMILIK RapidRail Sdn Bhd, Prasarana Malaysia Bhd dilapor menawarkan perkhidmatan percuma pengangkutan LRT kendaliannya selama tiga hari pada minggu depan sebagai tanda permohonan maaf berikutan dua insiden gangguan perkhidmatan LRT yang berlaku pagi tadi dan kelmarin.
Para penumpang boleh menggunakan perkhidmatan LRT aliran Kelana Jaya secara percuma mulai 13 hingga 15 September minggu depan.
Para penumpang boleh menggunakan perkhidmatan LRT aliran Kelana Jaya secara percuma mulai 13 hingga 15 September minggu depan.
"Mewakili RapidRail Sdn Bhd, RapidRail kami memohon maaf terhadap dua insiden yang berlaku, inilah tanda kami menghargai semua pelanggan setia" kata Pengarah Urusan Prasarana Malaysia Bhd, Datuk Azmi Abdul Aziz dalam sidang medianya seperti dilaporkan portal NST.
Gangguan perkhidmatan LRT dari Gombak ke Putera Height telah menyebabkan tren terhenti berhampiran Stesen Sri Rampai dan Stesen Damai.
Gangguan pagi ini dilaporkan berpunca daripada kegagalan fungsi berjalan kuasa elektrik.
Para penumpang terutama warga kota yang sedang dalam perjalanan ke tempat kerja terpaksa turun dari tren dan berjalan kaki menyusuri landasan akibat tren yang dinaikki terhenti lebih 20 minit. Penghawa dingin dalam tren juga dilaporkan tidak berfungsi. — Edisirakyat.com 9 September 2016
إرسال تعليق