Lelaki putus tunang akibat Harian Metro siarkan gambar dirinya sebagai penjenayah

SEORANG lelaki mendakwa telah putus tunang, hampir dibuang kerja serta keluarganya menerima kecaman akibat gambar dirinya digunakan oleh Akhbar Harian Metro sebagai seorang penjenayah.

Dalam laporan berita jenayah di Metro Ahad bertajuk "Mizan Gemuk Diburu", gambar Ku Aminnuddin Ku Abdul Rahman difahamkan telah ditulis sebagai "suspek utama cuba merempuh anggota polis yang mengejarnya".

Namun beliau menafikan sebarang kaitan dirinya dengan berita tersebut.




Merujuk salinan laporan Polis yang ditunjukkan kepada EdisiRakyat.com, Ku mula menyedari perkara tersebut selepas dihubungi oleh salah seorang rakannya bernama Nebi Habul B Yusman melalui aplikasi Facebook messengger.

Ku kemudiannya pergi mendapatkan naskhah akhbar Metro Ahad yang bertarikh 25 September 2016.

Beliau mendapati paparan berita bertulis "Polis cari anggota Geng Rizal Kundang bolos ketika dikejar" ditulis oleh Fardi Bungga dan Faliq Lajim (am@hmetro.com.my) pada halaman enam telah menggunakan gambarnya dengan tulisan tertera dirinya sebagai "Suspek utama cuba merempuh anggota polis yang mengejarnya".




Ku yang menetap di Pulau Pinang, turut melahirkan rasa tidak puas hati di dalam laporan itu dan mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang berkenaan.

Beliau yang mendakwa dirinya mengalami trauma yang teruk akibat laporan itu, mahu pihak Harian Metro memperbetulkan kesilapan tersebut. — EdisiRakyat.com, 28 September 2016
أحدث أقدم