Kaum Asli Amerika ramal satelit milik China bakal terhempas ke bumi

KAUM asli Amerika yang memiliki sejarah ramalan tepat tentang banyak peristiwa sebelum ini meramalkan bahawa 'bintang biru' bakal terhempas dan musnahkan bumi tidak lama lagi.

Kaum Hopi percaya bahawa bumi yang kita diami pernah dimusnahkan beberapa kali sebelum ini. Menurut mereka, kita kini hidup dalam dunia ke empat.

Ramalan kaum itu mendakwa, dunia akan berakhir sekali lagi apabila 'bintang biru' terhempas ke bumi.

Tafsiran itu dibuat berdasarkan salah satu ramalan yang menjadi lagenda disimpan oleh kaum itu,

 "Kamu akan mendengar sebuah tempat tinggal di langit, terhempas ke bumi. Rupanya seperti bintang berwarna biru. Selepas peristiwa itu, upacara-upacara kaum ku akan berakhir,"



Segelintir pengguna internet mencadangkan "bintang biru" tersebut mungkin satelit yang telah kembali memasuki atmosfera bumi.

Ia mungkin merujuk kepada Satelit milik negara China, Tiangong 1 — Sebuah satelit biru yang sebelum ini diamalkan bakal terhempas ke bumi sekitar tahun ini atau tahun depan. 

Apa yang pastinya jika objek seberat 7.3 tan metrik itu terhempas ke bumi, ia tentu membawa kepada bencana besar jika jatuh tepat di kawasan yang padat dengan populasi manusia.

Satelit tersebut dilaporkan telah terputus hubungan dengan pusat kawalannya pada bulan Julai lalu.

Lagenda kaum asli Amerika itu telah menceritakan bagaimana kaum mereka datang ke bumi melalui sebuah portal yang terletak di Grand Canyon dengan bantuan makhluk asing yang mirip seperti semut.

Apa yang menarik perhatian, banyak ramalan-ramalan yang dibuat oleh kaum itu sebelum ini telah menjadi kenyataan, contohnya, mereka pernah meramalkan kejadian tumpahan minyak di Mexico, (2010 Gulf Oil Spill) penciptaan internet, dan penaklukan Amerika Timur.

Berikut senarai ramalan-ramalan yang tercatat dalam lagenda mereka sebelum ini, yang dikatakan menjadi petanda sebelum kemusnahan dunia:

  1. "Kami telah diberitahu tentang kehadiran lelaki-lelaki berkulit putih" — Penemuan Amerika oleh bangsa Eropah.
  2. "Tanah kita akan melihat kedatangan pusingan roda-roda yang memiliki suara" — Penaklukan Amerika Timur.
  3. "Binatang ganjil seperti kerbau tapi memiliki tanduk-tanduk yang panjang akan meliputi tanah dengan jumlah yang besar" — Penggunaan lembu-lembu ragut.
  4. Tanah kita akan dilalui oleh ular-ular daripada besi — Terciptanya landasan keretapi.
  5. Tanah kita akan disulami oleh sarang lelabah gergasi — Terciptanya internet.
  6. Tanah kita akan disulami oleh sungai-sungai daripada batu dan boleh dilihat dari matahari — Terciptanya jalanraya dan lebuhraya.
  7. "Kamu akan mendengar laut menjadi hitam, dan banyak benda hidup mati disebabkannya — Tumpahan Minyak Mexico 2010.
  8. "Kamu akan lihat ramai orang-orang muda bermbut panjang seperti kaum ku, datang menyertai untuk belajar ilmu dan kebijaksanaan" — Gerakan Hippy tahun 60 an dan 70 an.
  9. "Kamu akan dengar sebuah tempat tinggal di langit, terletak di atas bumi, ia akan terhempas. Rupanya seperti bintang berwarna biru. Selepas peristiwa itu, upacara-upacara kaum ku akan berakhir. — EdisiRakyat.com, 20 September 2016.

Previous Post Next Post