Jiran busuk hati kantoi buang tahi anjing ke rumah sebelah (video)

ADA pelbagai jenis jiran, ada yang baik bertimbang rasa dan suka menolong, namun ada juga yang jahat dan tidak boleh bertolak ansur, tidak kurang yang berpura-pura baik di depan tapi busuk hati di belakang.

Sebuah video yang menjadi viral di media sosial kali ini barangkali ada kaitannya dengan jiran jenis yang berpura-pura baik di depan namun sebenarnya busuk hati di belakang.

Video berdurasi 3.45 minit ini merakam aktiviti jiran yang busuk hati. Seorang wanita dilihat sedang membersihkan najis anjing peliharaannya. Dia menyapu tahi anjing tersebut lalu dimasukkan ke dalam pengaut sampah untuk dibuang.



Namun apa yang mengejutkan, najis anjing yang dikaut itu tidak dibuang ke dalam tong sampah atau ke tempat yang sepatutnya ia dibuang.

Sebaliknya, wanita busuk hati itu membuang najis anjing ke rumah jiran sebelah, melewati pagar yang memisahkan rumahnya dengan orang sebelah.

Berikut video yang dimaksudkan, sila klik untuk menonton — EdisiRakyat.com, 7 September 2016


Previous Post Next Post