MANTAN Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata jika empat peratus (4%) pengundi beralih arah mengundi pembangkang, 45 kerusi parlimen yang majoritinya dipegang oleh Umno akan kalah.
Beliau merujuk kepada kajian simulasi dijalankan oleh pakar-pakar yang dilantik oleh beliau. Menurut Muhyiddin lagi, sebanyak 67 kerusi yang dikuasai Barisan Nasional pada masa ini berada dalam keadaan terumbang ambing.
Muhyiddin Yassin merupakan pengarah pilihanraya Umno dan Barisan Nasional sebanyak 18 kali seblum dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri kerana lantang mengkritik kepimpinan Perdana Menteri yang terpalit dengan skandal 1MDB.
Beliau menekankan betapa perlunya pembangkang bersatu padu di dalam usaha untuk mengalahkan Umno dan Barisan Nasional pada pilihanraya Umum ke 14 nanti. — EdisiRakyat.com, 3 September 2016
إرسال تعليق