SEORANG gadis baru menyedari bahawa dirinya sedang dicari oleh pihak Polis sebagai 'orang hilang' selepas melihat gambarnya dimuat naik oleh Pihak Polis di Facebook.
Sedang dia menyemak kandungan Facebook miliknya, Erian Thompson 17, dari Queensland Australia terpandang sebuah foto dirinya di halaman facebook Queensland Police dengan mesej tertera meminta bantuan orang ramai untuk mencari dirinya yang hilang.
Rupa-rupanya, Erian dikatakan sekadar bertengkar dengan kakaknya sebelum sebelum mengurungkan diri sambil 'melepak' di dalam bilik.
"Guys, I'm fine I'm not missing this is an overreaction to a fight I had with my sister, I'm legit just sitting in my bedroom,"
(Hi semua, saya baik, saya tidak hilang ini hanyalah reaksi berlebihan selepas bertengkar dengan kakak saya, jujur saya cuma duduk dalam bilik) tulisnya di facebook.
Polis Queensland kemudian membalas tulisan itu,
"Hi Erian, I am glad that you're safe, but we can't take this down untill you've been sighted by police and we've confirmed that you're okay.
Can you call again or make your way to a police station?"
("Hi Erian, saya gembira kamu selamat, tapi kami tak boleh padam (posting) ini sampailah pihak polis dapat melihat kamu dan kami pasti kamu selamat.
Boleh kamu panggil kembali atau datang ke balai polis?").
Erian kemudiannya membalas: "Please take this down, it's embarrassing," (Tolonglah padam, ini memalukan)
Tulisan tersebut kemudiannya diturunkan daripada Facebook. — EdisiRakyat.com, 19 September 2016