Dua ditahan didakwa menghina Islam berhubung kematian Haron Din

DUA orang dilaporkan telah ditahan polis didakwa menghina Islam melalui Laman Sosial Facebook berhubung kematian Mursyidul Am PAS, Dato Haron Din.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan penahanan itu dalam satu sidang media pada hari Isnin.

Dua suspek ditahan di Shah Alam dan Bandar Utama, Selangor pada pagi Isnin, manakala seorang lagi sedang diburu di Ipoh Perak.

Mereka kini disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.




Haron Din meninggal dunia selepas mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Stanford, California. 

Jenazah Allahyarham, disemadikan di California atas permintaan beliau sendiri melalui amanatnya sebelum meninggal dunia, seperti yang dimaklumkan oleh pihak keluarga.

Segelintir pengguna media sosial diselar kerana mengeluarkan komen-komen yang tidak sensitif berkait kematiannya. — EdisiRakyat.com, 19 September 2016
أحدث أقدم